in , , , ,

Sinopsis Drama Soffiya Lakonan Izara Aishah

CINTA SIAPA YANG BERTAKHTA DI HATI SOFFIYA?
Drama Bersiri Soffiya Lakonan Fizo Omar, Tiz Zaqyah, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan

Bagaikan dihanyutkan di dalam lautan yang tiada penghujung, tergapai-gapai si gadis mencari arah tuju hidupnya. Nekad untuk bangkit semula daripada sejarah hitam yang telah menghancurkan impian dan masa depannya, si gadis enggan lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah ke hadapan.

Begitulah kitaran nasib si gadis malang yang bernama Soffiya, lakonan hebat Tiz Zaqyah dalam drama bersiri terbaru selepas berakhirnya drama bersiri “KASIH ALIA” di slot Akasia. Turut dijayakan oleh Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan, drama bersiri SOFFIYA bakal bersiaran bermula hari esok (21 September 2011), setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

Soffiya

Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd, diarahkan oleh sutradara Joeza Rasidi dengan nukilan skrip oleh Eenaz Mokhtar dan Tommy CT Loh. Ikuti kisah Soffiya (Tiz Zaqyah) yang dikenali sebagai Yaya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman (Hilal Azman) seorang doktor dan ibunya, Aishah (Aisyah Atan), yang sering menghadapi masalah kesihatan.

Sulaiman kecewa apabila sering ditolak oleh Aishah untuk bersama. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Sulaiman sanggup menodai anak sendiri. Sejak hari itu, Yaya tidak dibenarkan untuk bersekolah dan dikurung dalam rumah. Sulaiman memberitahu orang kampung bahawa Yaya mula berubah sejak ibunya sakit kononnya Yaya terjebak dengan dadah. Yaya putus harapan untuk mendapatkan bantuan kerana tiada sesiapa yang akan mempercayainya.

Kawan baik Yaya, Muiz (Syazwan Zulkifli) berasa sangsi dan cuba menyelidik. Namun usaha Muiz untuk menyelamatkan Yaya gagal apabila dia terbunuh sewaktu bergelut dengan Sulaiman. Selepas ibu Yaya meninggal dunia, Yaya telah melawan Sulaiman kerana tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks lagi. Yaya bertindak untuk mempertahankan diri dan menikam Sulaiman secara bertubi-tubi. Sulaiman terbunuh.

Yaya dibicarakan dan dibantu oleh seorang peguam muda, Ilyas (Fizo Omar). Yaya didapati bersalah dan ditahan di pusat juvana. Di sana, Yaya sering menjadi mangsa buli. Dalam mengharungi keperitan dalam hidupnya, Yaya berpaut kepada kasih sayang Ilyas yang tidak pernah berputus asa berikhtiar untuk membebaskannya daripada hukuman.

Kebahagiaan tidak berpanjangan bagi Soffiya apabila Ilyas terpaksa akur dengan kehendak tunangnya Fiona (Izara Aisyah) untuk mengikutnya ke New York. Soffiya ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Selepas 3 tahun, Soffiya dibebaskan dan mahu memulakan kehidupan baru dengan nama Sofi.

Sofi yang masih mencari arah tuju dalam hidupnya telah bertemu dengan Kak Ton yang aktif dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Kebaikan Kak Ton berjaya mendapat kepercayaan Sofi untuk menerima bantuannya. Kamal (Azhar Sulaiman) yang sering mengunjungi warung Kak Ton tertarik dengan keayuan Sofi dan mahu mengenalinya secara dekat.

Sofi bersikap dingin dan meragui niat sebenar Kamal kerana enggan dilukai dan dikhianati lagi. Dengan berkat Kak Ton, akhirnya keikhlasan Kamal berjaya membuka pintu hati Sofi dan menerima lamarannya. Sofi dilimpahi dengan kasih sayang Kamal dan sangat terharu apabila Kamal telah merealisasikan impiannya dengan menubuhkan sebuah pertubuhan amal untuk berbakti kepada gadis-gadis yang teraniaya sepertinya dahulu.

Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya, Ilyas muncul sebagai suami kepada anak tirinya, Fiona. Fiona enggan menerima Soffiya sebagai pengganti tempat ibunya dan sering mencari jalan untuk menjatuhkannya. Melalui seorang kenalan lama Soffiya, Fiona mula menyiasat latar belakang Soffiya. Ilyas pula tidak dapat membendung rindu dan cintanya apabila bertemu kembali dengan Soffiya. Fiona dan Ilyas selalu bertengkar kerana Ilyas selalu membela Soffiya.

Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? Soffiya dibelunggu sama ada untuk menerima Ilyas cinta pertamanya, atau Kamal, suami yang telah memberi kasih sayang tanpa tolok bandingnya? Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri hebat, SOFFIYA menerusi slot Akasia mulai 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3!

Kini, anda juga boleh menonton siaran TV3 menerusi saluran Astro 103 atau layari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my / www.tonton.com.my. Ikuti program-program kegemaran anda menerusi telefon pintar anda dengan mendaftar masuk ke m.tonton.com.my.

Soffiya Tiz Zaqyah

Soffiya

Soffiya

Soffiya

Soffiya

Soffiya

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Peliknya Cinta Lakonan Baizura Kahar

TV9 Anjur Raudhah Di Hatiku