in

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah. Bermula hari ini, 6 Ogos 2012, drama Kau Yang Terindah mulai ditayangkan di slot Akasia TV3 sejurus selepas berakhirnya drama Dejavu Di Kinabalu pada minggu lepas. Budiey belum jumpa trailer promo drama Kau Yang Terindah di Youtube. Cuma, Budiey ada nampak pelakon utama drama Kau Yang Terindah dah siarkan gambar mereka di Twitter dan Facebook.

Budiey dapat info, sebuah lagu tema dibuat khas untuk drama Kau Yang Terindah nyanyian dari suara gemersik Alyah.

Eh, dengar-dengar, Alyah akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Wah, selamat buat umrah ya Alyah.

Budiey dengar jugak kat Twitter, rupanya, watak untuk Neelofa ni pernah ditawarkan kepada Nur Fazura. Mmm, tengah bayangkan Fazura yang berlakon drama ni, camna la agaknya ya.

Drama Kau Yang Terindah disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 – 8 malam. Adus, waktu berbuka lak tu. Tak pe, nasib baik ada Astro PVR, jadi budiey bolehlah record drama ini. Takdelah nak dowBudiey dengar, ramai yang menjangkakan drama ini akan mencipta satu lagi fenomena luar biasa. Betul ke? Ye lah, selepas tamatnya drama Dejavu Di Kinabalu lakonan Tiz Zaqyah, Nazim Othman dan Aqasha, nampaknya penonton mahukan drama yang lebih bermutu dan garapan mantap dari pengarah Erma Fatima.

Yang kelakar bila pengarahnya, Erma Fatima juga turut berlakon dalam drama ni membawa watak bibik.

Pengarahnya berlakon sama. Jadi bibik lol

Drama Kau Yang Terindah dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air dan Indonesia iaitu Hafil Andrio Putra, Neelofa, Nazim Othman dan ramai lagi. Sekali lagi, nampaknya Erma Fatima mengangkat tema yang sama iaitu Cinta Tiga Segi. Eh, betul ke? Kita belum tahu lagi kan jalan cerita drama Kau Yang Terindah ni.

Apa kata kita tonton dulu, baru nilai, best ke tak.

Drama bersiri Kau Yang Terindah sebanyak 26 episod, dan drama ini menjalani penggambaran di Mekah.

Sinopsis Kau Yang Terindah
Sedikit sinopsis drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah

Drama ini menjalani penggambaran di Mekah, Wetworld Shah Alam dan Pantai Cherating, Pahang.

Dah tonton episod pertama drama ni? Apa pendapat korang? Jangan lupa tuliskan sikit pendapat korang di ruangan komen ya. Terima kasih.

Neelofa dalam Kau Yang Terindah

Neelofa dalam Kau Yang Terindah

Erma Fatima & @hafilandrio dalam Kau Yang Terindah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

VIDEO Anuar Zain Nyanyi di Majlis Pelancaran Album Terbaru

Oreo Shares One Million Cookies With Malaysians