in ,

Sinopsis Drama DIA MENANTU RAHSIA Lakonan Ashraf Muslim

Pernahkah anda terfikir akan berkahwin dengan seseorang tanpa perasaan cinta hanya kerana mahu melarikan diri daripada masalah? Seperti tak logik, tapi kerana keterpaksaan semua itu mungkin terjadi.

Ada juga yang bercinta secara rahsia kerana takut perhubungan mereka tidak direstui. Bila sudah terjebak dengan percintaan dan perkahwinan sebegini, pasti akan ada pelbagai plancinta yang dirancang. Jika anda sukakan konflik cinta sebegini, pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti drama terbaharu slot Iris iaitu Plan Cintadan Dia Menantu Rahsia di slot Akasia mulai 29 Januari ini. 

Drama Menantu Rahsia
ASHRAF MUSLIM

TERIMA LAMARAN ASHRAF MUSLIM

Slot Akasia, Setiap Isnin hingga Jumaat, 7.00 Malam

Tidak mahu lagi dibelenggu permasalahan cinta, Raysha Rizrose nekad menerima lamaran Ashraf Muslim. Raysha tidak mahu lagi diganggu oleh bekas teman lelakinya yang panas baran dan Ashraf mahu melindungi Raysha. Memang mereka berkahwin secara rahsia, tetapi sekadar di dalam drama yang menggantikan Pujaan Hati Kanda mulai 29 Januari ini, iaitu Dia Menantu Rahsia.

Drama yang dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama ini diarahkan oleh Pali Yahaya. Raysha yang memegang watak sebagai Melissa, kecewa setelah kekasihnya Zamer (Syazuwan Hassan) bertunang dengan orang lain iaitu Doktor Suraya.  

Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur bagi merawat hatinya yang luka. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. 

Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Syakir merupakan pemilik Book Cafe tempat Melissa bekerja. Syakir telah melamar Melissa.  

Melissa terkejut dengan lamaran Syakir kerana dia sendiri tidak tahu kenapa Syakir melamarnya. Syakir memberitahu Melissa bahawa dia cuma mahu melindungi Melissa.

Setelah apa yang telah terjadi terhadap Melissa, dia rasa terpanggil untuk melindungi Melissa dari terus menjadi mangsa kekasaran Zamer. Syakir juga tidak mahu fikirannya dibebani dengan permintaan ibunya, Puan Sarah yang inginkan dirinya menerima cinta Engku Kamelia. . 

Mungkinkah wujud rasa bahagia dan cinta di hati mereka? Dapatkah kehadiran Melissa diterima dalam keluarga Syakir?

Ikuti kancah rumah tangga mereka yang turut dibantu oleh Syazuwan Hassan, Mona Allen dan Fazlina Haji Ahmad Daud ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. 

Drama Menantu Rahsia
Drama Menantu Rahsia
Drama Menantu Rahsia
Drama Menantu Rahsia
Drama Menantu Rahsia
Drama Menantu Rahsia
Drama Menantu Rahsia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tentang Drama PLAN CINTA Lakonan Redza Rosli & Azar Azmi

Jom Sertai Larian Eko Lumut 2019