in , ,

Sinopsis Drama Dari Mata Arisa

Majlis pelancaran dua buah drama baru terbitan Bright Network Sdn Bhd, Dewi Cinta dan Dari Mata Arisa yang bakal ditayangkan di saluran RTM di No 211 Rumah Pengantin Lorong Ampang 2 Off Jalan Ampang Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Malaysia YB Dato’ Kamaruddin Siaraf turut diserikan dengan sedikit gimik tarian dari pelakon cantik manis Ayu Raudhah dan Syed Aiman.

Satu usaha yang harus dicontohi kerana pihak produksi mengumpulkan kedua-dua produksi dan pelakon drama dalam satu masa. Jangan ingat mahu jimat bajet sudahlah. Ye lah, lagi jimat kalau buat 2 majlis dalam satu masa dan satu tempat. 

SINOPSIS DARI MATA ARISA
Drama bersiri “Dari Mata Arisa” mengisahkan seorang gadis bernama Arisa yang pada zahirnya seorang yang periang, tetapi di sebalik gelak tawa, senda guraunya tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya, Ayana, telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.
Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa.

Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Di sebalik kekeliruan Arisa untuk memilih cinta Akif dan Eddy, Not dan Lily menjadi teman yang sentiasa bersamanya.

Arisa akhirnya telah menerima cinta Akif. Sayang sekali, di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingi telah terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?

“Dari Mata Arisa” ini merupakan sebuah drama adaptasi dari novel “Kau Sayangku” nukilan Cik Bikash Nur Idris yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd, yang ditulis semula oleh Puan Sujiah Salleh ke dalam bentuk drama bersiri.

BARISAN PELAKON:

ARISA & AYANA:
Ayu Raudhah

AKIF
Syed Aiman

EDDY
Ashraf Muslim

MALIAH
Maizurah Hamzah

AZARINA
Nabila Huda

YUSRAN
Zack Kool

ZARIL
Ijoy Azahari

[tags]drama dari mata arisa, tv1 drama, three kingdom, andy lau, 3gp video, bogel, cabul kehormatan, download, free, gadis, kejam, melayu, minah rempit, pembunuhan, Bright Network Sdn Bhd, Dewi Cinta, Dari Mata Arisa, RTM, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ayu Raudhah, Syed Aiman, Ashraf Muslim, Rozie Rashid, Rosnah Mat Aris, peragut, blow job, malaysian prodigy, mathematician, melayu, news of the world, older gentleman, oxford, physician, prostitute, rocky bru, shilpa lee, strip girl, sufiah, university, yusof, yusuf, wilders video, fitna, Education, farooq, genius, hooker, breast size, condom, coventry crown court, ayu raudhah, syed aiman, nabila huda, zack cool photo[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Julia Ziegler Dan Yusri KRU Bercinta?

Gambar Datuk Siti Nurhaliza @ Zoom In RTM1