in , , ,

Sinopsis Drama CINTA TANPA HENTI Lakonan Aeril Zafrel

Setiap bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka yang dikasihi, ditatang bagaiminyak yang penuh sejak kecil.

Aeril Zafrel

Segala keputusan ditimbang dengan teliti bagi membolehkan anak-anak mendapat yang terbaik. Namun berbeza dengan situasi Tuan Rahim (Arash Mohd), pemillik syarikat penerbangan terkemuka, Edruce Airlines. Tuan Rahim terlalu berpegang pada egonya yang menggunung sehingga memusnahkan rumah tangga anaknya Sumayyah (Elizad Sharifuddin).

Drama Cinta Tanpa Henti

EGO BAPA, PEMUSNAH RUMAH TANGGA 

Sumayyah yang lebih mesra dipanggil Maya, anak kedua Tuan Rahim dilihat lebih mendapat perhatian berbanding kakaknya Salina (Farahdhiya). Sumayyah seorang yang berkaliber, bijak dan bertoleransi dalam kehidupannya kerana banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sehingga mendapat perhatian media. Selaku anak sulung, Salina cemburu dengan kelebihan adiknya itu.

Drama Cinta Tanpa Henti

Bagi melebarkan empayar kekayaannya, Tuan Rahim telah merancang untuk menyatukan Maya dengan Zarif (Isa Khan), rakan karib Sumayyah yang menaruh perasaan terhadapnya sejak kecil. Namun Maya hanya menganggap Zarif sebagai kawan tanpa ada perasaan cinta terhadapnya. Pada waktu yang sama Hajar (Nynaa Harizal), rakan baik Maya juga menaruh perasaan terhadap Zarif.

Hisyam Hanafiah (Aeril Zafrel), seorang pelukis jalanan yang pintar dalam pelajaran namun tidak berminat untuk menyambung pengajian. Dia tidak mahu membebankan ibunya. Suatu hari, Hisyam yang sedang melukis di tepik tasik terpandang Maya yang baru lepas menangis kerana salah faham dengan kakaknya. Hisyam merasakan Maya adalah wanita paling cantik pernah dilihatnya lalu melukis potret Maya dan diletakkan di dalam biliknya sebagai inspirasi.

Drama Cinta Tanpa Henti

Suatu hari, mereka berdua terserempak dan mula berkenalan sehingga jatuh cinta. Percintaan mereka tidak mendapat izin daripada Tuan Rahim. Malah, Zarif dan Hajar juga tidak berpuas hati dengan keputusan Maya. Salina sedar inilah peluang untuk menjatuhkan Maya lalu dia pun mula bertindak. Apakah kisah cinta berbeza darjat ini dapat diteruskan? Mampukah mereka bertahan daripada niat jahat orang di sekeliling? 

Cinta Tanpa Hentimerupakan drama terbaharu terbitan OrangeTree Production yang sudah mula bersiaran pada 26 Februari 2019 lalu menerusi slot Samarinda. Drama 20 episod ini dibintangi oleh Aeril Zafrel, Elizad Sharifuddin, Farahdhiya, Isa Khan, Nadia Brian, Arash Mohd, Sherie Merlis, Marisa Yasmin, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi  

Apakah kesudahan drama ini? Adakah mereka mampu mengatasi segala rintangan yang diterima? Sama-sama kita saksikan Cinta Tanpa Henti dalam slot Samarinda pada hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan juga menonton di portal video tonton di www.tonton.com.my

Layari laman web www.tv3.com.mydan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3iaitu @TV3Malaysiadan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat untuk maklumat terkini. 

Drama Cinta Tanpa Henti
Drama Cinta Tanpa Henti
Drama Cinta Tanpa Henti

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Seungri

Seungri Kini Suspek Utama Kes Bapa Ayam & Pelacuran

Eric Chou

Eric Chou As Portrait Icon OPPO F11 Pro