in ,

Sinopsis Drama Cinta Mat Semperit

Sebagai usaha untuk menyemarakkan sambutan Aidil Adha yang bakal disambut pada 10 Zulhijjah 1434 bersamaan 15 Oktober 2013 depan, TV3 menghimpunkan tayangan pilihan telemovie istimewa yang terbaru untuk tontonan dan hiburan seisi keluarga.

Bakal menemui penonton bermula 15 Oktober 2013 (Selasa), jangan lupa untuk menyaksikan telemovie istimema Aidil Adha, “Cinta Mat Semperit” yang akan diwarnai oleh barisan pelakon handalan seperti Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha, Roy Azman dan ramai lagi. Telemovie dua jam ini pasti akan menggamit emosi selain menghiburkan hati sambil bergelak ketawa dengan menghayati jalan cerita yang menarik dan bersesuaian dengan tema Hari Raya Haji kali ini.

Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha dan Roy Azman

[pullquote align=”right”]KECOH KUIH SEMPERIT Cinta Mat Semperit Menampilkan Gandingan Hebat Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha & Roy Azman bakal ditayangkan pada 15 Oktober 2013 (Selasa) di TV3[/pullquote]

‘Cinta Mat Semperit’ mengisahkan tentang Kak Lola (lakonan Fasha Sandha) yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya.

Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus (Roy Azman). Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit. Jadi, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani menjadi perisik untuknya bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola.

Chef Kamus mahu Ariani berkawan rapat dengan anak lelaki Kak Lola iaitu Ariel. Kebetulan pula ketika itu Ariel sememangnya meminati Arian dalam diam. Jadi, ini memudahkan Ariani untuk berkawan rapat dengan Ariel.

Pada mulanya Ariani tidak mahu memenuhi permintaan abangnya namun Chef Kamus berjanji jika Ariani berjaya mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola dia akan menghadiahkan sebuah motosikal kepada Ariani.

Bagi mendapatkan motosikal idaman, Ariani sanggup berkawan rapat dengan Ariel. Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya. Demi memenangi hati Ariani, Ariel sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit dari Kak Lola. Pelbagai adegan lucu dan menarik yang terjadi sepanjang usaha kedua-dua pihak untuk mendapatkan resipi istimewa kuih semperit Kak Lola. Berjayakah Chef Kamus mendapatkan resepi kuih semperit Kak Lola? Bagaimana pula kisah cinta Ariel dan Ariani?

Jangan lupa untuk menyaksikan telemovie istimewa Aidil Adha yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, hasil skrip nuklilan Azlina Pa’wan dan terbitan Primeworks ini pada hari Selasa,15 Oktober 2013 jam 10.00 malam hanya di TV3! Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang telemovie ini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.

Aeril Zafrel sebagai Ariel dan Izara Aishah sebagai Ariani dalam telemovie Cinta Mat Semperiit

izara Aishah sebagai Ariani

Pengarah telemovie 'Cinta Mat Semperit', Raja Ahmad Alauddin

Izara Aishah dan Aeril Zafrel bergandingan dalam telemovie 'Cinta Mat Semperit'

Krew produksi yang menjayakan telemovie Cinta Mat Semperit

Fasha Sanda sebagai Kak Lola dalam telemovie 'Cinta Mat Semperit'

Roy Azman sebagai Chef Kamus

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fahrin Ahmad Mencari Isteri di Kalangan Guru

Sekitar Post Party Konsert Sheila Majid & Harvey Malaihollo