in , ,

Sinopsis Drama Bersiri Separuh Jiwaku

Kisah Yah yang mengharungi 7 bahtera perkahwinan telah melabuhkan tirai dan berakhir dengan perkahwinan Yah dan Ihsan, cinta pertama mereka. Menggantikan 7 Suami, masih lagi mengangkat tema kekuatan seorang wanita yang tabah mengharungi pelbagai dugaan dalam Separuh Jiwaku bermula 26 Mac ini,

Separuh Jiwaku mengisahkan mengenai Hanna Dalila gadis ceria dan cantik dan merupakan pemilik kedai dobi. Hanna adalah anak yatim piatu dan dipelihara oleh Mak Iti semenjak kecil. Berlainan pula dengan Emir Izlan, pemuda kampung yang datang ke Kuala lumpur dan bekerja sebagai pemandu kepada Dato’ Darwish dan Datin Sofinah. Emir merupakan anak kandung Datin Sofinah tetapi seringkali Datin Sofinah mengingatkan Emir supaya pertalian darah mereka tidak diketahui oleh Dato’ Darwish.

Sj Elfira Loy

[pullquote]Jangan lupa ikuti perjalanan kisah penuh konflik yang dilakonkan oleh Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid dan Liza Abdullah setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 8.30 malam, mulai 26 Mac 2014 menerusi slot Ratu di TV9.[/pullquote]

Emir menyewa bilik di atas kedai dobi Hanna dan apabila terlihatkan Hanna pertama kali, dia sudah mula sukakan Hanna dan berkawan rapat dengan Hanna. Satu hari, ketika di dalam kereta, Dato’ Darwish berbual dengan Emir mengenai Hanna. Dato’ Darwish dan Datin Sofinah merupakan pelanggan tetap di dobi milik Hanna. Dato’ Darwish telah berterus terang yang dia menaruh hati pada Hanna. Emir juga terkejut kerana Hanna juga menunjukkan respon positif dan mahu berkahwin dengan Dato’ Darwish. Semenjak itu Emir mula menyimpan dendam terhadap Dato’ Darwish kerana cuba merampas wanita yang dicintainya.

Datin Sofinah pula tidak menyangka Dato’ Darwish sanggup untuk menduakannya. Walaupun marah, Datin Sofinah telah memberikan syarat jika Dato’ Darwish mahu berkahwin dengan Hanna, anak pertama hasil perkahwinan mereka perlu diserahkan kepadanya.

Adakah Hannah sanggup untuk mengikut syarat Datin Sofinah jika dia benar-benar mahu berkahwin dengan Dato’ Darwish dan bagaimana penerimaan Emir terhadap perkahwinan mereka itu nanti? Ikuti perjalanan kisah penuh konflik yang dilakonkan oleh Elfira Loy, Aedy Ashraf, Hafizuddin Fadzil, Jasmin Hamid dan Liza Abdullah setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 8.30 malam, mulai 26 Mac 2014 menerusi slot Ratu di TV9. Untuk maklumat lanjut layari www.tv9.com.my dan jangan lupa untuk menonton siarang ulangan Separuh Jiwaku di laman tonton iaitu www.tonton.com.my.

Sj Aedy Ashraf

Sj Elfira Loy 2

Sj Jasmin Hamid &Amp; Hafizudin

Sj Liza Abdullah &Amp; Elfira Loy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Episod Akhir Drama Bersiri 7 Suami

Najib Razak | 17

Fenomena Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul