in

Sinopsis Drama Bersiri Ruby

Samarinda – Ruby (15 Episod)
Selasa hingga Khamis, 10.00 – 11.00 malam, mulai 2 Januari 2013

Penerbit: MIG Production
Pengarah: Azhari Zain
Penulis Skrip: Panel MIG

Pelakon:
Sharnaaz Ahmad (Benjamin),
Siti Saleha (Syuhara),
Shukri Yahya (Danny),
Hanez Suraya (Nadia),
Maria Farida (Datin Afifah),
Esma Daniel (Dato’ Kamal),
Kartina Aziz (Nek Mariam)
Shima Anuar (Diana)
Atikah Shuhaimi (Anis)
Adey Syafrien (Salman)

Drama 15 episod ini mengisahkan tentang percintaan Syuhara dan Benjamin yang mulanya benci tetapi bertukar menjadi sayang. Walaupun Syuhara dan Benjamin berbeza kedudukan pangkat dan kekayaan, namun demi cinta sejati, mereka menempuhi pelbagai dugaan bersama.

Benjamin yang kematian ibunya sejak kecil telah mengganggap ibu saudaranya, Datin Afifah (kakak tiri Dato’ Kamal) seperti ibu kandung sendiri. Datin Afifah juga nampak begitu lembut dan penyayang dalam menjaga hal ehwal keluarga mereka.

Namun, Nek Mariam terus menerus menyangsi niat Datin Afifah yang sebenar. Kali ini, dia menuduh Datin Afifah cuba mensabotaj ubat-ubatannya. Dato’ Kamal terpaksa menjadi orang tengah, akibat tekanan, penyakit jantungnya bertambah serius.

Tepat sekali sangkaan Nek Mariam kerana Datin Afifah sememangnya menyimpan niat jahat untuk menghancurkan keluarga adiknya, Dato’ Kamal. Datin Afifah telah mempergunakan Danny untuk mendapatkan formula rahsia kosmetik milik kilang Dato’ Kamal. Danny yang terlalu mencintai Nadia (anak kepada Datin Afifah) sanggup menjadi buah catur Datin Afifah asalkan dia dapat memiliki Nadia.

Syuhara dan Benjamin sentiasa bertengkar setiap kali bertembung. Benjamin tidak mengambil sikap serius atas urusan rasmi kilang milik keluarganya kerana percayakan ibu saudaranya, Datin Afifah. Syuhara berjaya memohon untuk kerja separa masa di kilang Benjamin, Benjamin terus menggunakan peluang ini untuk membuli Syuhara.

Nadia berasa cemburu melihat kemesraan Syuhara dan Benjamin. Nadia yang menyimpan perasaan terhadap Benjamin terpaksa menghabiskan masa bersama Danny kerana desakan ibunya. Kawan baik Syuhara, Diana terserempak dengan seorang pekerja yang cuba menyelongkar fail pejabat ketika waktu rehat. Bimbang rancangannya tergendala, Datin Afifah telah memfitnah dan memecat Diana. Syuhara mula mengesyaki satu konspirasi yang mungkin ada kaitan dengan Datin Afifah. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Drama Ruby

Drama Ruby

Drama Ruby

Drama Ruby

Drama Ruby

Drama Ruby

Drama Ruby

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu TV3

Liyana Jasmay Pindah Ke Sabah Bakal Terbang Ke New York