in ,

Sinopsis Drama Bersiri Kasih Semakin Hari Semakin Sayang

TAJUK: Kasih

KATEGORI: DRAMA BERSIRI

KONSEP: Semakin Hari Semakin Sayang

BAHASA: BAHASA MELAYU

DURASI: 60 MINIT

JUMLAH EPISOD: 13 EPISOD

1467880507 5F85A15Cab | 4

Sinopsis Drama Bersiri Kasih (Spoiler)
Laila merupakan seorang graduan undang-undang dari sebuah institusi pengajian awam tempatan. Dia bekerja sebagai seorang penasihat undang-undang di sebuah syarikat swasta. Laila berasal dari sebuah keluarga yang sederhana. Dia merupakan seorang anak tunggal hasil daripada perkahwinan Husin dan Noriah. Dia telah dibesarkan oleh ibunya dan tidak pernah mengenali bapanya. Namun hasil susah payah ibunya yang bekerja sebagai seorang kerani dia dapat menamatkan pengajiannya dengan cemerlang.

25 tahun yang lalu Husin telah menikahi Noriah kerana mereka ingin hidup bersama tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Pada masa itu Husin baru berumur 23 tahun dan Noriah 17 tahun. Noriah merupakan anak yatim piatu dibesarkan dirumah anak yatim manakala Husin datang dari keluarga yang berada. Mereka berkahwin semasa Husin menuntut di Universiti Malaya dan Noriah bekerja sebagai pekerja kantin sementara mununggu keputusan SPMnya. Husin jatuh hati pada Noriah kerana merasakan Noriah seorang gadis yang amat jujur dan baik hati. Husin pernah ditolong oleh Noriah semasa dia terlibat dalam kemalangan (langgar lari) semasa dia berjalan dari kolejnya untuk ke gerai makan. Noriah yang kebetulan lalu di situ semasa kejadian berlaku dengan segera memimpin Husin ke bahu jalan dan kemudian membawanya ke kantin untuk menyapu luka sebelum Husin pergi ke klinik.

Sejak dari itu hubungan mereka bertambah intim dan membawa ke jinjang pelamin. Setelah berkahwin kehidupan mereka amat sederhana tetapi bahagia. Walaupun makan pakai amat sederhana dan hanya mampu untuk menyewa bilik untuk tinggal berdua, Husin dan Noriah amat bersyukur kerana dapat hidup bersama dan perasaan kasih sayang mereka membuatkan mereka lupa pada kekurangan yang ada.

Genap setahun perkahwinan mereka. Mereka hidup tanpa sebarang gangguan dan masalah. Pada ulang tahun tersebut Husin telah membawa Noriah ke satu tempat istimewa di mana mereka telah berjanji untuk mengunjungi tempat itu pada setiap ulang tahun perkahwinan mereka. Jika mereka terpisah di situlah mereka akan bertemu. Setelah tamat pengajiannya Husin ditimpa kemalangan dan dia telah dihantar ke hospital. Pihak universiti telah menghubungi ibu bapa Husin dan memaklumkan kepada mereka bahawa Husin berada dalam koma. Mereka tidak menghubungi Noriah kerana tidak mempunyai rekod serta tidak mengetahui bahawa Husin telah berkahwin dengan Noriah. Husin telah dipindahkan ke hospital yang berdekatan dengan rumahnya. Husin koma akibat kecederaan yang teruk dikepala. Dia tidak sedarkan diri selama 6 bulan.

Dan pada ketika itu Noriah sebenarnya sedang mengandungkan Laila tanpa dia sedari. Noriah yang hilang punca setelah kehilangan Husin. Setelah beberapa bulan menanti kepulangan Husin Noriah akhirnya terpaksa mengikut Latifah dan Roslan. Latifah merupakan kawan baik Noriah dan dia ingin membantu Noriah yang sedang dalam hanya menunggu masa untuk melahirkan anak. Mereka terpaksa berpindah kerana Roslan telah ditukarkan kerja di tempat lain.

Setelah 6 bulan koma Husin telah sedar. Dia mula teringatkan Noriah dan berusaha untuk mencarinya. Namun dia tidak dapat mengesan Noriah. Jiran mereka telah memberitahu Husin bahawa ada seorang lelaki datang mengambil Noriah. Husin kecewa kerana tidak dapat mencari Noriah. Pada hari ulang tahun perkahwinannya dia telah pergi ke tempat istimewa dengan harapan Noriah juga akan ke sana kerana mereka telah berjanji untuk ke sana jika mereka terpisah. Seharian menunggu Noriah tidak muncul. Husin amat kecewa. Tidak cukup dengan itu ibunya pula menyuruhnya berkahwin dengan sepupunya Halimah. Husin sebenarnya tidak menyukai Halimah kerana Halimah dan keluarganya kerena mereka semua mempunyai agenda lain iaitu ingin membolot harta perniagaan keluarganya. Tidak tahan dengan itu Husin mengambil keputusan untuk keluar negeri.

Noriah pula selamat melahirkan seorang anak perempuan bernama Laila pada hari ulang tahun perkahwinannya dengan Husin. Jadi Noriah tidak dapat pergi ke tempat istimewa yang telah dia dan Husin berjanji untuk ke tempat itu pada setiap ulang tahun perkahwinan mereka. Noriah sedih kerana tidak dapat pergi ke tempat itu namun dia bersyukur kerana bayinya selamat dilahirkan.

Noriah yang sudah tidak mempunyai ibu bapa dan saudara terpaksa tinggal dengan seorang kawan baiknya Latifah. Latifah yang lebih tua daripada Noriah telah menganggap Noriah seperti adiknya sendiri. Latifah banyak membantu Noriah. Latifah yang baru berkahwin hidup dalam serba kepayahan masih sanggup untuk membantu Noriah. Noriah yang baru bersalin telah dijaga oleh Latifah dengan penuh kasih sayang sehinggalah selepas habis pantang. Malah selepas itu Noriah dan Laila terus tinggal bersamanya. Setelah Noriah mampu hidup berdikari barulah dia tinggal berasingan dengan Latifah dan Roslan. Noriah masih melawat tempat nostalgia setiap kali ulang tahun perkahwinannya dengan harapan Husin akan muncul di situ.

Pada masa Laila masih kanak-kanak Noriah terpaksa berbohong kepada Laila bahawa bapanya telah tiada kerana Laila selalu bertanyakan tentang bapanya walaupun Noriah sedar perkara ini boleh mendatangkan konflik pada masa hadapan. Setelah tamat pengajiannya Laila telah bekerja di syarikat Perusahaan Osman di Kuala Lumpur sebagai penasihat undang-undang dan penasihat kepada En Osman iaitu pemilik syarikat tersebut. Dia telah membawa Noriah untuk tinggal bersama-samanya di Kuala Lumpur. Pada masa itu Noriah baru sahaja bersara.

Laila telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama Ahmad. Ahmad merupakan seorang eksekutif pemasaran. Mereka berkahwin setelah mendapat persetujuan daripada ibu bapa mereka. Setelah dua tahun berkahwin mereka masih tidak mendapat cahaya mata. Ahmad terlalu ingin untuk mendapatkan anak namun Laila masih belum memikirkan sangat tentang anak kerana dia agak sibuk dengan tugas dan kerjayanya. Namun Laila bersetuju untuk mengambil anak angkat kerana tidak mahu mengecewakan Ahmad. Ahmad amat gembira dengan berita tersebut. Kegembiraannya bertambah setelah Siti (anak angkat) muncul Laila telah mengandung. Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Razali.

Namun setelah mendapat anak sendiri Laila mula mengabaikan Siti ditambah pula Siti sering sakit dan perlu diberikan perhatian yang lebih. Namun Ahmad merasa bahagia kerana dia mempunyai 2 orang anak tanpa membezakan kedua-duanya dan menganggap keduanya adalah anaknya sendiri. Ahmad lebih menunjukkan kasih sayangnya kepada Siti Dan Razali.

Dalam kesibukan Ahmad menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa dan pekerja dia masih mempunyai masa untuk menolong orang lain yang memerlukan bantuan. Pada satu hari ketika dia hendak pulang ke rumah dari pejabatnya, dia melihat seorang ibu muda yang sedang sarat mengandung seperti dalam kesusahan. Dia berhenti untuk bertanya khabar dengan ibu muda tersebut ibu muda itu kemudiannya mengenalkan dirinya sebagai Zaimah.

Zaimah menceritakan segala nasib malang yang menimpa dirinya. Zaimah berkata yang dia telah terlanjur dengan seorang penagih dadah yang berkemungkinan dijangkiti virus hiv. Keluarganya telah menghalau dia keluar dari rumah dan dia tidak tahu untuk mendapatkan bantuan siapa. Ahmad kemudiannya ingin menghantar Zaimah pulang kerana ingin berjumpa kedua orang tua Zaimah dengan harapan mereka menerima Zaimah kembali.

Seperti yang dijangkakan mereka berdua telah dihalau keluar oleh bapa Zaimah yang sudah tidak mengaku Zaimah itu anaknya lagi. Kerana perasaan kasih sayang, kasihan dan simpati dia telah membawa Zaimah pulang ke rumahnya. Jiran-jiran yang memandang mula berfikiran negatif terhadap Ahmad. Malah Laila juga sangsi dengan keikhlasan Ahmad kerana menyangka suaminya telah berlaku sumbang.

Noriah bertindak sebagai orang tengah dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarganya. Noriah sebenarnya amat kagum dengan usaha Ahmad yang sudi membantu orang lain walaupun dia sendiri sibuk dengan kerjaya dan rumahtangganya. Noriah turut membantu Ahmad malah dia juga aktif dalam persatuan kebajikan masyarakat yang banyak membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Ahmad masih berkeras untuk mengambil bayi yang bakal dilahirkan itu walaupun mempunyai kemungkinan mengidap aids. Laila merasa amat sedih dan marah dengan keputusan Ahmad kerana keadaan pada masa itu amat tidak mengizinkan. Dia baru sahaja melahirkan Razali dan sudah mempunyai Siti. Beban mereka semakin bertambah dan tidak mempunyai masa untuk menjaga mereka semua.

Ahmad berkeras dan sanggup mengambil risiko. Zaimah selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Zulkifli. Ahmad banyak menghabiskan masa untuk menguruskan keluarganya namun dia tidak pernah mengabaikan tugasnya sebagai seorang pekerja yang baik. Walaupun dia tidak mempunyai masa lapang untuk bersama-sama rakan sepejabat, dia tetap berkawan dan menghormati mereka. Sememangnya pengorbanan Ahmad amat tulus dan suci. Orang disekelilingnya mula bersuara dengan mengatakan Ahmad sengaja mencari susah. Namun mereka tidak pula menghulukan bantuan.

Tidak cukup dengan itu Noriah juga banyak menghulurkan bantuan dari segi tenaga untuk sama-sama menjaga kanak-kanak tersebut dan mendapatkan pendapatan tambahan. Ahmad memulakan perniagaannya sendiri dengan bantuan Noriah secara kecil-kecilan untuk menampung hidup mereka semua. Dia berjaya dalam perniagaannya dan bercita-cita untuk terus membantu kanak-kanak teraniya dengan mengambil mereka sebagai anak angkat. 

Perasaan kasih dan sayang terhadap kanak-kanak dalam diri Ahmad sungguh mendalam. Dia sanggup mengambil bayi yang telah ditinggalkan didepan kedainya. Walaupun Laila tidak menyukai perkara itu Ahmad tetap meneruskan hasratnya untuk menjaga bayi tersebut. Seteleh selesai berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ahmad dibenarkan untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat.

1467882965 142D55E665 | 5

Laila sekali lagi memberontak untuk tidak memberi susunya kepada bayi-bayi yang ibu bapanya mengidap aids kerana dia takut anaknya yang lain dijangkiti virus itu. Bayangkan dalam satu masa dia terpaksa memberikan susunya kepada tiga bayi. Takdir penentu segala setelah bayi tersebut berusia setahun lebih dia telah disahkan bebas daripada virus aids. Laila bagai tersedar dari lamunan dan dia mula membantu Ahmad untuk mencari dana bagi menjaga anak-anak angkat di bawah tanggungan mereka termasuk meminta sumbangan di tempat dia bekerja. Malah syarikatnya itu sememangnya suka memberikan sumbangan untuk kegiatan amal. Laila banyak membantu namun tidak nampak kasih sayangnya berbanding dengan Ahmad. Noriah dalam diam amat berbangga dengan sikap dan kegigihan Ahmad.

Ahmad pula semakin sibuk dengan tugasnya menjaga anak-anak angkatnya itu. Dia juga sering dituduh berpura-pura berbuat baik untuk menutup rahsianya hubungan sulitnya dengan perempuan lain. Malah ada juga pihak-pihak yang menuduhnya menggunakan anak-anak angkat untuk kesenangan sendiri. Namun segala tuduhan dan celaan itu ditangani dengan kasih sayang.

Setelah 25 tahun merantau dan membawa diri di luar negeri Husin terpaksa pulang kerana bapanya telah meninggal dunia. Husin terpaksa berdepan anak-anak pak ciknya yang ingin memiliki syarikat peninggalan ayahnya. Sampai saja di Malaysia Husin terus ke pejabat. Perkara pertama yang dilakukan oleh Husin setelah dia kembali ialah ke pejabat milik bapanya. Di pejabat dia telah berjumpa dengan Laila penasihat undang-undang kepada arwah bapanya.

Kebetulan hari itu merupakan hari ulang tahun Laila yang ke 24 dan Laila telah menjemput Husin untuk hadir ke majlis ulang tahunnya itu. Husin memberitahu dia mempunyai temujanji dengan seseorang dan mengucapkan selamat hari ulang tahun kepada Laila. Husin sebenarnya ingin ke tempat istimewa yang mana dia dan Noriah berjanji untuk berjumpa pada setiap hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Husin pergi ke tempat itu untuk menyambut peristiwa yang sama tapi lebih awal daripada Noriah. Husin sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan Noriah. Noriah tiba di tempat itu sebaik sahaja kereta milik Husin berlalu pergi. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini Noriah berasa lega kerana ada seseorang telah datang ke situ sebelum dia sampai dan meninggalkan sekeping gambar lama milik dia dan Husin dan hanya Husin yang memiliki gambar tersebut selain dia sendiri. Harapan Noriah untuk berjumpa Husin terasa hangat kembali.

Ahmad dan Noriah serta Laila akhirnya bersepakat untuk menubuhkan rumah kanak-kanak terbiar. Husin ketua tempat Laila bekerja sudi membantu untuk merealisasikan cita-cita mereka itu. Setelah segala persiapan berjalan lancar tiba masanya Ahmad dan keluarganya untuk merasmikan rumah kanak-kanak terbiar bersama ibu mertuanya dan Husin. Setelah pengumuman dibuat barulah Noriah dan Husin berjumpa. Apabila pertama kali bertentang mata selepas 26 tahun lidah Husin dan Noriah kelu untuk berkata-kata namun hati mereka berbisik menyatakan tentang perasaan masing-masing. Ikatan kasih sayang sukar dileraikan. Semakin hari semakin sayang.

1467877333 24Ce2D662B | 6

Pelakon:
Sheera Iskandar
Aznah Hamid
Muhd Shafris Shaharudin (Chap)
Shahrudin Thamby
Jalaluddin Hassan
Qhuzie Mohd Johari
Normah Damanhuri
Aman Shah
Ucop Cecupak       
Mohammad Raffi
Aliza Abdullah
Zaryn Min
Aida Radzwill
Adi Putra
Sheera Iskandar

Tayangan:
RTM1

Skrip:
SHARIFAH ABU SALEM

Konsep & Cerita:
BRIGHT NETWORK SDN. BHD

Pengarah:
HAZALI HAJI RAMLI
Pengurus Penerbitan

Penerbit:
RAJA ALAWIAH IDRIS

Terbitan:
BRIGHT NETWORK SDN. BHD.

[tags]sinopsis drama kasih, gambar pelakon drama kasih, shooting drama kasih, gossip artis malaysia, spoiler filem malaysia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey | 27

Terima Kasih Kepada Sponsor Budiey.com Bulan September 2007

Kiefer Sutherland Officially Charged With Two DUI Counts