in , ,

Sinopsis Drama Bersiri Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli & Scha Elinnea

Redza Rosli Tiada Niat Untuk Menyakiti Scha Elinnea…

Nur Kaisara, seorang gadis yang sanggup berbelanja demi menjaga penampilan dan terlalu taksub dengan kecantikan. Sikapnya juga tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Apabila Nur Kaisara dipertemukan dengan Naufal Nidham, adakah dia mula dilimpahi oleh kesenangan hidup yang diimpikan atau sebaliknya? 

Terbaharu di slot Samarinda TV3, saksikan drama bersiri Hati Tanpa Rasa yang bakal bersiaran pada hari ini (13 Disember 2022), setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. 

Sinopsis Drama Bersiri Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli & Scha Elinnea

Hati Tanpa Rasa merupakan adaptasi daripada novel Heartless karya Ateen Khalid dengan menampilkan Redza Rosli dan Scha Elinnea sebagai watak utama. Drama 26 episod ini diterbitkan oleh Creative Skill Solution, diarahkan oleh Ayie Mustafa & Emi Suffian dan nukilan skrip daripada Nieza Nahar. 

Nur Kaisara (Scha Elinnea) terlalu taksub dengan kecantikan dan sanggup berkorban untuk mengikat perut kerana gaji yang rendah. Dia juga seorang yang sombong dan tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Hanya teman serumah, Erin dan Laila yang memahaminya. Di pejabat, Kaisara mempunyai rakan rapat, Danish yang turut menyimpan perasaan padanya dalam diam. Kaisara ada musuh tegar bernama Julia yang sentiasa mencari kesalahannya dan sanggup menggoda Danish semata-mata untuk menyakitkan hati Kaisara. 

Satu hari, Kaisara ditawarkan gaji yang lumayan sebagai pembantu peribadi kepada Naufal Nidham ataupun Nid (Redza Rosli), seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya, Dato’ Nazrin. Malahan, Nid juga seorang lelaki bujang yang paling dikenali kerana latar belakang keluarganya yang berkedudukan dan kaya.

Sinopsis Drama Bersiri Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli & Scha Elinnea

Umpama durian runtuh, Kaisara terlalu teruja dan terus menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dan tidak membaca syarat-syarat kontrak dengan teliti. Selepas menandatangani kontrak, barulah Kaisara sedar dia ‘bersetuju’ untuk bekerja sebagai pemandu peribadi dan dikehendaki mematuhi lima syarat tambahan dalam perjanjiannya.

Akibat terikat dengan kontrak yang telah ditandatanganinya, Kaisara terpaksa akur bekerja dengan Nid. Mereka berdua selalu bergaduh dan Kaisara juga menggelar Nid dengan pelbagai nama termasuk ‘Mr Banyak Syarat’ dan ‘Mr Potong Gaji’. Sepanjang mereka bekerja, mula terbit satu perasaan yang aneh dalam hubungan mereka. Tanpa diketahui oleh Kaisara, Nid mempunyai sebabnya untuk mengambil Kaisara bekerja dengannya.Apakah niat sebenar Nid? 

Sinopsis Drama Bersiri Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli & Scha Elinnea

Jangan lupa temujanji anda untuk menonton Hati Tanpa Rasa menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Sinopsis Drama Bersiri Hati Tanpa Rasa Lakonan Redza Rosli & Scha Elinnea

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Al-Ikhsan Sports

Al-Ikhsan Sports Ajak Anda Bergaya dengan Pakaian Sukan Di Mana Sahaja

Rock’n Riuh! Bersama Unifi di Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur