in , ,

Sinopsis Drama Bersiri Hanya Dengan Bismillah Lakonan Afiq Muiz

13 Episod “Hanya Dengan Bismillah” Kongsi Semangat Kental Wanita Tabah Di TV1

“Hanya Dengan Bismillah”, tajuk drama bersiri ini pun sudah menggambarkan ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada penonton tentang kisah di sebalik kejadian yang berlaku dalam diri seorang wanita yang gigih bangkit semula setelah berdepan dengan kematian suami yang dijadikan tempat bergantung harap sebelum ini.

Sinopsis Drama Bersiri Hanya Dengan Bismillah Lakonan Afiq Muiz


Plot kisah yang digarapkan oleh pengarah terkenal Raja Ahmad Alauddin Raja Mohd dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd ini mengisahkan kesukaran seorang wanita untuk menguruskan rumah tangga selepas kematian suami. Biarpun bermula dengan kepayahan tetapi dengan kecekalan segala kepayahan dapat diatasi.

[dropcap]M[/dropcap]enemui penonton mulai 23 Januari 2013, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi mengisi slot Bidadari di TV1, kisahnya berkembang dengan berlatarkan kenyataan lumrah hidup manusia selalu melihat ada insan yang sanggup menangguk di air keruh dan menjadi gunting dalam lipatan.

Itulah yang terjadi pada nasib Alias lakonan Arash Mohd dan Hadi (Shahrol Nizam) yang berdepan musuh dalam selimut.

Segala konflik mula terbongkar selepas kematian mengejut Alias akibat diserang sakit jantung. Ketika itu juga rakan Alias, Hadi, bercerai dengan isterinya.

Selaku ketua keluarga menggantikan suaminya, Zulaikha (Marissa Yasmin) secara mutlak menjadi pemegang saham terbesar syarikat diusahakan Alias iaitu AZ Motor Sdn Bhd. Namun disebabkan kurang arif mengenai selok-belok perniagaan secara tidak langsung memudahkan Hadi memanipulasi keadaan.

[pullquote]Walau pada dasarnya, dia adalah teman baik namun demi membolot harta, apa saja sanggup dilakukan termasuk mengkhianati sahabat sendiri.[/pullquote]

Apapun, menyedari bisnes yang dibina arwah Alias perlu dimajukan demi menjamin masa depannya dia dan anak mereka, Zulaikha nekad masuk ke pejabat serta nekad belajar dari bawah. Biar pada awalnya, dia terkial-kial menjalankan tugas, dengan bantuan Munir, salah seorang kakitangan pejabat itu, akhirnya memudahkan kerja Zulaikha.

Akhirnya Zulaikha mulai sedar bahawa Hadi banyak menyelewengkan wang syarikat. Tidak lekas melatah, Zulaikha memantau pergerakan Hadi dan pada masa sama, dia meningkatkan pengetahuannya mengenai perniagaan.

Mampukah Zulaikha bangkit menewaskan Hadi yang berniat buruk? Apakah juga tangan seorang wanita yang menghayun buaian sebelum itu berjaya menggoncang dunia?

Secara tidak langsung, jelas menunjukkan drama Hanya Dengan Bismillah yang memuatkan 13 episod ini cuba mengetengahkan semangat kental seorang wanita yang tabah.

Saksikan lakonan berkesan Marissa Yasmin sebagai Zulaika, Shahrol Nizam (Hadi), Arash Mohd (Alias), Shenthy Feliziana Sudirman (Nusrah), Watie Sadali (Saerah), Fareth Rudy Agang (Tariq), Afiq Muiz Azman Shah (Munir), Muhammad Fadzrin Danial Abdul Jamil (Kabir), Puteri Balqish Azizi (Khalisha), Dian P Ramlee (Datin Marisa, Maimon Talib (Mak Salmah), Zaidi Omar (Tan Sri Johari) dan Fadhil Dani (Datuk Tarmizi) hanya di TV1.

Sinopsis Drama Bersiri Hanya Dengan Bismillah Lakonan Afiq Muiz

Sinopsis Drama Bersiri Hanya Dengan Bismillah Lakonan Afiq Muiz

Sinopsis Drama Bersiri Hanya Dengan Bismillah Lakonan Afiq Muiz

Sinopsis Drama Bersiri Hanya Dengan Bismillah Lakonan Afiq Muiz

Sinopsis Drama Bersiri Hanya Dengan Bismillah Lakonan Afiq Muiz

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Azura Zainal Teruja dengan Aktiviti Lasak di Kembara X-Plorasi di Pulau Tioman

ntv7 Umum Senarai Finalis Top 5 Bella Awards 2013