in , ,

Sinopsis Drama Bergenre Thriller Berjudul WANJI Lakonan Wafariena di TV1

Panggung RTM tampil dengan telefilem dengan genre drama ‘thriller’ terbitan Unit Drama TV (UDTV) bertajuk ‘Wanji’ pada 26 November ini, pukul 9.00 malam di TV1.

Modus operandinya mendekati golongan kanak-kanak kurang kasih sayang dan kemudiannya berpura-pura baik juga simpati terhadap mereka. Setelah berjaya meraih kepercayaan kanak-kanak tersebut, mereka kemudiannya diculik dan dilarikan.

Panggung RTM tampil dengan telefilem dengan genre drama ‘thriller’ terbitan Unit Drama TV (UDTV) bertajuk ‘Wanji’ pada 26 November ini, pukul 9.00 malam di TV1.

https://flic.kr/p/2o1gQoz

Menariknya, pihak produksi memilih lokasi penggambaran di sekitar negeri Perlis yang mengambil masa selama 13 hari bermula 19 Julai sehingga 31 Julai lalu.

Telefilem ini menampilkan seni dramatari tradisional unik yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia iaitu Jikey dan berperanan penting dalam membawa simbol bagi pengembangan karakter dalam jalan cerita.

Kisahnya berlatarkan tentang dua beradik, Wanji berumur 12 tahun dan adiknya, Walid, 11, yang dibesarkan datuknya, Tok Su. Mereka kemudiannya berhubungan rapat dengan seorang wanita dianggap kakak bernama Ereen.

Drama arahan Danny Alamsyah ini menampilkan pelakon Syed Ali Murtadha sebagai Wanji, Sayyid Baqir (Walid), Yaakob Abd Aziz (Tok Su), Wafariena (Ereen), Akmal Ahmad (Lando), Azman Hassan (Pak Mail), Pablo Amirul (Kicap), Khai Sabri (Hairi), Puteri Rafasya (Sofea) dan Shazman Isaac (Atai).

Konflik memuncak apabila Wanji diasuh oleh Lando untuk menyukai kerjanya sekaligus membuatkan Walid berang dengan perubahan sikap Wanji.

Walid, Sofea dan Atai kemudiannya cuba untuk melarikan diri namun gagal apabila Walid dan Sofea ditangkap semula oleh orang-orang Lando.

Apakah kesudahan hubungan Wanji dan Walid di sebalik konflik antara keduanya? Saksikan kesudahannya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Terbaru Viu Original HILANG Ada Elemen Seram Yang Mendebarkan

RAISA

Pesona ‘Story-Teller’ Raisa Tawan Hati Peminat di Konsert Live in Malaysia