in

Sinopsis Drama Asmara Luna

Terbaru di slot Samarinda, drama bersiri 13 episod terbitan JS Pictures Sdn. Bhd., ‘Asmara Luna’ menemui penonton bermula 21 Ogos 2013. Drama yang diarahkan oleh sutradara Azman Yahya atau Jinggo dan skrip oleh Sofia J Rhyland ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Aidil Aziz, Sofea Jane, Miera Liyana, Kartina Aziz, Liza Abdullah, Roy Azman, Eyka Farhana dan ramai lagi.

[dropcap]K[/dropcap]isah bermula ketika sambutan ulangtahun hari jadi ke-21 seorang gadis bernama Luna (Siti Saleha), anak tunggal pasangan Ahmad dan Zaharah. Ibu dan bapa Luna sepakat menghadiahkan sebuah kereta buat anak gadis mereka. Luna sangat teruja dan berterima kasih kerana akhirnya memiliki kereta sendiri yang juga menjadi simbol dewasa dan kebebasan.

Sinopsis Drama Asmara Luna

[pullquote align=”right”]Saksikan drama terbaru slot Samarinda berjudul ‘Asmara Luna’ lakonan  Siti Saleha, Shukri Yahaya, Aidil Aziz, Sofea Jane, setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3[/pullquote]

Hari jadi Luna menjadi lebih bermakna apabila rakan baiknya, Emma (Miera Liyana) membelikan kek yang istimewa. Malah, abang Emma iaitu Habib (Shukri Yahaya) turut mengirimkan hadiah teddy bear (sama seperti saban tahun). Luna menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik, maka Luna hanya meluahkan isi hatinya di dalam diari “Dear Luna”. Semasa majlis yang ringkas itu, Luna juga menyatakan harapan yang dia sebenarnya teringin hendak bertemu dengan ibu kandungnya walau untuk sedetik.

Sejak mempunyai kereta, kini lebih mudah untuk Luna bergerak ke mana-mana termasuklah untuk mencari kerja. Selepas beberapa sesi temu ramah, Luna akhirnya berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai eksekutif. Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa orang pekerja di sana termasuklah Adam (Aidil Aziz) dan rakan-rakannya. Mereka siap bertaruh siapa yang akan berjaya untuk mengajak Luna keluar. Adam rasa tercabar apabila Luna menolak pelawaannya. Adam berjanji akan berusaha sehingga dapat apa yang dia inginkan.

Setelah mencuba pelbagai cara, akhirnya Luna bersetuju untuk keluar bersama Adam. Tambahan pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak pernah menyatakan cinta terhadap Luna namun lelaki itu sememangnya juga menaruh harapan terhadap Luna. Habib berasa kecewa bila mendapat tahu gadis idamannya itu rupanya sudah meminati orang lain. Pada waktu yang sama, Luna benar-benar menyenangi karakter Adam yang suka berjenaka dan sentiasa tahu membuat Luna tergelak.

Namun, hubungan mesra ini tidak berpanjangan apabila tersebar pula niat sebenar Adam memikat Luna kerana pertaruhan. Kini, Luna terpaksa memikirkan cara untuk menjauhi Adam. Bagi membuktikan bahawa dia benar-benar ikhlas terhadap Luna, Adam mengajak Luna bertemu dengan keluarganya. Atas dasar persahabatan, akhirnya Luna bersetuju. Ibu dan bapa Adam sangat menyenangi Luna kerana gadis itu berbudi bahasa dan pandai mengambil hati mereka. Bahkan, mereka tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga Luna.

Apakah yang bakal dilakukan oleh Luna seterusnya? Bagaimana pula dengan Habib? Dapatkah Luna bertemu dengan ibu kandungnya? Saksikan drama terbaru slot Samarinda berjudul ‘Asmara Luna’, setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my.

Sinopsis Drama Asmara Luna

Sinopsis Drama Asmara Luna

Sinopsis Drama Asmara Luna

Sinopsis Drama Asmara Luna

Sinopsis Drama Asmara Luna

Sinopsis Drama Asmara Luna

Sinopsis Drama Asmara Luna

Sinopsis Drama Asmara Luna

Sinopsis Drama Asmara Luna

Sinopsis Drama Asmara Luna

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Aku tengok drama ni pun sebab Tiz Zaqyah je sebab lakonan ni berkesan. Biasanya aku akan ulang episod yg sama sbb nak tgk Tiz jek.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Betul Ke Johan As’ari & Shila Amzah Bercinta?

Kotak Idam Berduet Dengan Yuna & Shila Amzah