in

Sinopsis Drama Abang Long VS Kak Yong

Budiey percaya ramai yang menunggu drama Abang Long VS Kak Yong lakonan Akim Ahmad dan Yana Samsudin. Tak kurang ada yang keliru jam berapa ditayangkan drama ni. Itulah, Budiey dapat info drama ni akan disiarkan jam 9 malam ni. Ok tak pe, kita baca dulu Sinopsis Drama Abang Long VS Kak Yong yang disediakan oleh TV3 ni.

Din Parang dan Man Todak sering bersaing sejak dari zaman muda. Din mempunyai seorang anak lelaki bernama Boboy manakala Man mempunyai seorang anak perempuan bernama Suraya. Suatu hari, Boboy terdengar perbualan antara ayahnya dengan Farouq di mana orang bawahan Man Todak telah menceroboh ke kawasan perniagaan mereka. Kemudian, Boboy menyelinap masuk ke rumah Man Todak namun Suraya bertindak pantas cuba melawan Boboy. Boboy tidak bernasib baik apabila Man Todak pulang ke rumah bersama penduduk kampung dan ternampak Boboy ‘berdua-duaan’ dengan Suraya. Demi menjaga maruah keluarga, Boboy dipaksa menikahi Suraya.

Pelakon: Akim, Yana Samsudin, Usop Wilcha, Susan Menon, Mak Engku, Hafizuddin, Shafik Kyle, Hafiz.

ALVSKL8

ALVSKL1

ALVSKL2

ALVSKL3

ALVSKL5

ALVSKL6

ALVSKL7

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Anugerah Lawak Warna 2013

Profil Top 12 Pencarian Hos 3R Projek3R