in , ,

Single TERIMA KASIH Hadiah Penghargaan Inteam Buat Semua Peminat

Selepas kejayaan Inteam melaksanakan Konsert sempena ulangtahun ke-20 mereka pada hujung tahun lalu dengan bantuan dana DKD dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,

Lagu hasil karya Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Ikhwan Fatanna itu dilancarkan di seluruh platform digital sehari selepas Konsert 20 tahun Inteam selesai iaitu pada 13 Disember 2020 yang lalu. 

“Kami melancarkan lagu baru ini sebagai hadiah dan tanda penghargaan serta terima kasih kami kepada seluruh pihak yang banyak menyokong kami sehingga mampu bertahan sehingga ke hari ini, khususnya kumpulan Hijjaz, penggiat-penggiat seni di belakang tabir, para wartawan dan media serta seluruh peminat dan ahli keluarga kami yang sangat memahami”

– Syahril, ketua kumpulan Inteam
Single TERIMA KASIH Hadiah Penghargaan Inteam Buat Semua Peminat

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk mengalunkan karya komposer muda yang sedang meningkat naik ini, bahkan dapat juga berduet dengan beliau dalam lagu ini. Ikhwan Fatanna turut sama berduet dengan kami dalam lagu ini sebagai simbolik gabungan generasi lama dan baharu dalam dunia nasyid,”

– Hazamin

Menurut Rahim Inteam pula, bait-bait lirik lagu Terima Kasih juga sesuai didedikasikan kepada para petugas barisan hadapan yang sedang berhempas-pulas menyelamatkan mangsa wabak Covid 19 dan memutuskan rangkaian kes wabak ini. 

Single TERIMA KASIH Hadiah Penghargaan Inteam Buat Semua Peminat

“Lagu ini juga kami tujukan kepada semua petugas barisan hadapan yang sedang berusaha dan berjuang untuk kita semua agar mereka terus bersemangat dan cekal. Kita juga haruslah sentiasa mematuhi SOP dan kekal duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar agar wabak ini dapat dihentikan segera” Ujar Rahim lagi. 

– Rahim

Video muzik lagu Terima Kasih kini boleh ditonton di rangkaian Youtube Inteam Digital manakala audio lagu ini boleh di strim di seluruh platform Digital seperti Spotify, Deezer, KKBox, Joox dan lain-lain.

Single TERIMA KASIH Hadiah Penghargaan Inteam Buat Semua Peminat
Single TERIMA KASIH Hadiah Penghargaan Inteam Buat Semua Peminat

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Farisha Iris Lancar Single Hello, Bakal Jadi Lagu OST Drama Hello, Jangan Tapau Cintaku

Filem KERANA KORONA Paparkan Kisah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)