Single Terbaru Zehra Zambri Tari Sahara

Masa Pelancaran Album EP Nas Adila – Bidadari Syurga semalam, Budiey ada ternampak kelibat penyanyi etnik kreatif iaitu Zehra Zambri. Lama tak jumpa dengan penyanyi yang baru habis belajar kat kolej swasta ni… dah makin berisi la sikit.

Zehra Zambri kata, dia akan kembali aktif dengan mempertaruhkan sebuah singlenya iaitu Tari Sahara. Korang boleh dengar lagu ni kat Radio Suria FM dan juga radio RTM.

Akan datang juga ada beberapa single yang dalam proses.

Macam kawannya, Nas Adila, tahun ini, Zehra nak tukar konsep jugak. Katanya, nak tukar kepada pop sikit dan lebih ke arah balada sikit. Sebab irama etnik susah nak cari market. Tapi bagi Budiey, walaupun kurang diminati tapi penyanyi irama etnik kat Malaysia ni kurang. Jadi, Zehra boleh laris rasanya. Sebab tak ramai yang buat genre irama Malaysia ni.

Ikutkan nak buat mini album etnik. Ada 3 buah lagu. Sebelum ni komposer Sharon Paul yang banyak buat lagu untuk Zehra Zambri. Dan kali ini harap-harap dengan ada lagu baru yang lain genre ini boleh mengekalkan nama Zehra dalam industri.

Zehra baru habis belajar dalam bidang Diplona Mass Comm. Kira, keluar ni boleh jadi wartawan. Tapi kalau tahun ni tak sibuk sangat, Zehra akan ambil ijazah. Mungkin ambik kat UiTM.

Walaupun kurang menyerlah, tapi show Zehra masih banyak dapat. Kadang-kadang dapat show untuk wedding dan show private.

Budiey belum lagi dengar single terbaru Zehra… korang dah?

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nidji Lancar Album Let’s Play di Malaysia

Xpresi Kembara Bersama Couple di Cameron Highland