in

Single SETIA Taruhan Baharu Kilafairy

Kilafairy hari ini muncul dengan single terbarunya iaitu ‘Setia’ yang telah meneruskan legasi bakat nyanyian di bawah label rakaman Sony Music Malaysia.

Memulakan karier nyanyian menerusi single sulung ‘Pasti’ pada 2012, bakat Kilafairy yang tidak sahaja terhad kepada bidang lakonan telah membawa beliau jauh dalam persada muzik tempatan menerusi single popular lain antaranya ‘Resolusi’, lagu runut bunyi filem Tihany bertajuk ‘Roman’ pada 2013 dan lagu runut bunyi filem Dilwale versi bahasa Melayu ‘Warna Cinta’ sebelum ini.

kilafairy

Single SETIA Taruhan Baharu Kilafairy

[pullquote]M[/pullquote]alah, lagu duet ‘Warna Cinta’ bersama Aliff Aziz telah membawa nama Kilafairy melangkah maju dan popular menerusi kedudukan carta lagu iTunes di tangga ke-5 keseluruhan manakala jumlah tontonan video di YouTube mencecah lebih 3 juta penonton sehingga kini.

Terkini, ‘Setia’ ciptaan sepenuhnya oleh Irfan Aulia dari kumpulan Samsons dilihat strategi unik dalam melonjakkan nama Kilafairy melangkaui pesaing industri; malah lagu hasil sentuhan komposer Indonesia ini mampu mendekati trend muzik semasa yang menggemari muzik balada dengan lirik yang ringan. Taruhan berani Kilafairy terbukti menerusi lantunan vokal yang merdu, dipadukan dengan susun-atur melodi padat yang pastinya menggamit halwa telinga pendengar.

“Lagu Setia ini sangat kena dengan jiwa saya dan pastinya senang didengari oleh peminat muzik tempatan. Saya amat teruja dapat berkolaborasi bersama Irfan Aulia, salah seorang anggota band Samsons yang cukup terkenal dengan lagu hits ‘Kenangan Terindah’ di Malaysia dan Indonesia. Garapan beliau berjaya menghasilkan melodi dan lirik puitis yang sangat indah.”

“Lagu ini juga adalah buah tangan terbaharu buat para peminat yang setia menyokong perjalanan seni saya. Saya mahu terus kekal dalam arena muzik tempatan dan kolaborasi rakaman bersama syarikat Sony Music Malaysia yang banyak membantu dalam mencapai impian saya,” menurut Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan yang juga mewarisi bakat nyanyian ibunya, Rohana Jalil yang amat popular di zaman 80-an.

‘Setia’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Dengarkan taruhan baharu Kilafairy, ‘Setia’ hari ini menerusi laman YouTube di pautan:
https://youtu.be/b74I6pjaPUE

kilafairy

kilafairy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Red THE ANGRY BIRD Goes Green On Earth Day

Michael Ang Sangkal Dihasut Gara-Gara Perang Janna Nick & Ruhainies