in

Single Remedy Jaclyn Victor Tembusi Pasaran Global

Berbekalkan buah tangan terbaru single ”Remedy”, yang telah diedarkan melalui lebih 80 platform digital bermula pada 10hb Julai 2014 lalu, penyanyi Jaclyn Victor telah berada di Los Angeles dari 5hb Julai sehingga 13hb Julai 2014.

Single “Remedy” membawa dimensi baru bagi hala tuju muzik Jaclyn. Dengan gabungan melodi dan lirik arus perdana “Pop”, penyampaian vokal ala “R&B” dan susunan muzik EDM (electronic dance music); “Remedy” mempunyai elemen “hit single” dan pelan komprehensif telah disusun rapi oleh KRU Music bagi memasarkan lagu ini dipersada antarabangsa.

jac 2

“Remedy” adalah salah satu single daripada album berjudul “Unleashed” yang akan berada dipasaran pada September 2014. Diterbitkan oleh penerbit/komposer prolifik yang telah memenangi pelbagai anugerah, Edry Abdul Halim, album ini turut menampilkan 4 lagi single yang bakal menjadi hit seperti “Pinnacle”, “Sweeter Than A Dream”, “Over And Over” and “Delirious”. Album ini telah dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur; proses adunan dan “mastering” telah dibuat di Los Angeles

Sebaik sahaja tiba di Los Angeles, pada 6hb Julai 2014 yang lalu, Jaclyn telah membuat persembahan “showcase” di Whisky A Go Go di West Hollywood Sunset Boulevard. Jaclyn telah mempamerkan kekuatan vokal dan persembahan yang cukup bertenaga dengan mempersembahkan 5 lagu terbarunya daripada album “Unleashed” dan 2 lagu “cover version” iaitu “Rolling In The Deep” dan “If I Ain’t Got You” bagi membolehkan audien menyanyi bersamanya. Ini merupakan persembahan pengenalan Jaclyn yang mana telah memberi peluang bagi penggiat muzik di sana mengenali bakat beliau. Di sana Jaclyn telah ditawarkan merakam lagu oleh seorang Dj dan juga produser di sana iaitu Rick Dixon yang lebih dikenali sebagai Rick One yang pernah berkerjasama dengan kumpulan terkenal The Black Eyed Peas.

Selain daripada melakukan persembahan, Jaclyn juga melakukan sesi menemuramah dengan beberapa stesen radio di Los Angeles untuk mempromosikan single terbarunya “Remedy”. Jaclyn juga berkesempatan menjadi tetamu tv program di mana dia membuat sesi temuramah dan persembahan di TV Amerika “Kababayan Today” yang telah disiarkan di saluran LA18 dan beberape sesi rakaman bagi tv program di sana.

Jaclyn menjadi salah seorang tetamu jemputan di LA Artsonline.com bagi Annual Hollywood Bowl Pre-Concer Picnic and Concert pada 10hb Julai 2014. Peluang merupakan satu pengalaman yang berharga di mana dapat menyaksikan persembahan ramai penyanyi popular dengan persembahan okestra yang mantap.

Selama berada di sana Jaclyn berjaya mendapat keyakinan dan didedahkan dengan industri muzik antarabangsa bagi memasarkan album beliau di peringat pasaran global. Peluang keemasan ini dipergunakan sepenuhnya di mana adalah bukannya satu perkara yang mudah untuk menembusi pasaran antarabangsa tetapi dengan usaha pengenalan yang diatur oleh KRU Music akan memudahkan lagi strategi pemasaran album “Unleashed” pada bulan September nanti.

Pada 10hb Julai 2014, single ”Remedy” telah dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian `You Tube’ KRU Music dan Tunecore digital platforms. Buat masa sekarang peminat boleh mendapatkan single ”Remedy” yang dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

20140706_181151

JV - Kababayan today with producer

Informasi yang lebih lanjut mengenai Jaclyn Victor di Hollywood dan album terbaru “Unleashed” boleh di layari menerusi “links” di bawah :-

YouTube link : www.youtube.com/user/jaclynvictormusic

iTunes link : https://itunes.apple.com/my/album/remedy-single/id895868332

Link to the Valley Scene article. Its on page 35

http://www.jejprint.com/valleyscene_072514/#/34/

Jaclyn Victor’s interview on “The Lone Blogger” show, on BlogTalkRadio.com, with host Sammi Turano:

http://www.blogtalkradio.com/the-lone-blogger/2014/07/10/the-lone-blogger-jaclyn-victor-1

Jaclyn Victor’s interview on the Total Celebrity Show on
Total Education Radio Network and BlogTalkRadio.com, with host Neil Haley:

http://www.blogtalkradio.com/totaltutor/2014/07/11/international-recording-star-malaysian-idol-jaclyn-victor

JV in studio 3

“DKNY outfit sponsored by Club 21 Malaysia”

Make Up by Khir Khalid using NARS

REMEDY

My sight’s amiss oh-oh!
I can see nobody but you
It’s hard to breathe oh-oh!
Like a respiratory disease
I start trembling
When you step into the room
My heart steps up a beat
I have all the symptoms of you…

I need a remedy
Get me a doctor
I need remedy
I start to quiver
I need a remedy for you

It’s getting serious
My friends say that I’m critical
I get delirious
Bewildered and irritable
I start trembling
When you step into the room
My heart steps up a beat
I have all the symptoms of you…

I need a remedy
Get me a doctor
I need remedy
I start to quiver
I need a remedy for you

I don’t think I’m pulling through…
I need remedy

There’s nothing I can do
I am hooked on you
I’m burning up inside
The heat of my desire

Artis : Jaclyn Victor
Label : KRU Music Sdn Bhd
Melodi : Edry Abdul Halim (DD Music Sdn Bhd)
Lirik : Yusry Abdul Halim (KRU Music Sdn Bhd)

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Avenue K Balloon Run

Connect Directly to Clark with AirAsia