in ,

Siaran Langsung Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur Di TV1

SIARAN LANGSUNG MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL KUALA LUMPUR DI TV1

Hadir dengan matlamat utamanya menyatukan seluruh masyarakat Malaysia daripada semua generasi dan bangsa menerusi semangat kreativiti dan perpaduan, Festival Kuala Lumpur sekali lagi diadakan bermula 1 hingga 31 Julai 2009 ini.

Justeru sebagai pembukaan, terdahulu dilangsungkan Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur pada 30 Jun 2009 ( Selasa ), jam 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung menerusi TV1.

Pertama kali dilancarkan pada 30 Jun 2006 lalu, gabungan persembahan melibatkan genre seni persembahan, seni tampak, warisan, bahasa dan persuratan juga permainan tradisional dalam satu majlis gilang-gemilang seni dan budaya tempatan juga antarabangsa.

Siaran langsung dipancarkan dari pentas Auditorium Perdana, Angkasapuri itu bakal menampilkan persembahan hebat artis terkenal tanah air daripada pelbagai bangsa iaitu melibatkan Norynn Aziz, Daniel Lee, Dato’ David Arumugam, Bob AF, Jo-Anna (Bintang RTM 2009), Eddie Nazrin (Juara Bintang Asli Remaja 2006), Nurain Asyikin (Juara Bintang RTM 2008), Shazet Beatbox dan Esther OiAM.

Bob AF

Malah majlis ini turut menyaksikan gandingan pengacara melibatkan Nurul Alis dan Gerald (Traxx fm) mengendalikan program bersiaran menemui penonton sepanjang dua jam ini.

Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur ini diterbitkan oleh Nor Kuzaimah Abd Aziz, Unit Hiburan TV, RTM.

Justeru usah ketinggalan menyaksikan Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur pada 30 Jun 2009 ( Selasa ), jam 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung menerusi TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Michael Jackson dan Farah Fawcett Meninggal Dunia

Profile Elly Maizlein