in ,

Siaran Langsung Konsert Akhir Gegar Vaganza

Setelah 6 minggu bersiaran, akhirnya detik yang ditunggu-tunggu untuk menentukan penyanyi manakah yang paling layak bergelar juara pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim yang pertama telahpun tiba.

Konsert Akhir Gegar Vaganza bakal mengegarkan. Siapakah di antara 6 finalis akhir yang terdiri daripada Rahmad Mega, Ayai Ilusi, Mamat Exist, Fazli Zainal, Haleeda & Ifa Raziah yang bakal dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000?

Siapakah Juara Konsert Akhir Gegar Vaganza

Gegar Vaganza ialah sebuah program realiti yang berkonsepkan pertandingan nyanyian terbaharu terbitan Astro Ria dengan kerjasama pihak penaja Datuk Seri Dr. Hajah Vida, Pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh (Barulah Putih) yang terbuka kepada penyanyi-penyanyi tempatan yang pernah mencipta nama di persada seni dan menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu.

12 penyanyi tempatan yang telah menjayakan Gegar Vaganza untuk musim yang pertama ialah Mamat Exist, Rahmat Mega, Hasnol, Fazli Zainal, Sam Innuendo, Ayai Ilusi, Haleeda, Nadia, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Siaran Langsung Konsert Akhir Gegar Vaganza akan diadakan pada 4 Januari 2015 (Ahad), jam 8.00 malam @ Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Nantikan juga persembahan istimewa daripada artis jemputan yang terdiri daripada Dato’ Jamal Abdillah, Amelina serta bekas peserta Gegar Vaganza.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bangkai & Mayat Penumpang Pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia Ditemui

Program-Program Radio RTM Bagi 2015