in

Siapakah Pemenang & Finalis Projek Muzik Hot FM

Berikutan kejayaan Projek EP Hot FM sebelum ini, Hot FM kini menampilkan Projek Muzik Hot FM. Projek Muzik ini merupakan projek pencarian bakat baru industri tanah air dan dalam masa yang sama merupakan usha sinergi Hot FM bersama Muzik-muzik. Usaha ini dilihat sangat bernilai ditambah dengan kejayaan Muzik- muzik sebagai platform pementasan karya muzik yang terbaik.

Projek Muzik Hot FM ini ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakan dengan bilangan hampir 1000 penyertaan secara keseluruhan. Finalis bagi pusingan pertama dan ketiga telah menerima sentuhan pemuzik hebat Edry Abdul Halim manakala finalis kedua dan keempat mendapat sentuhan magis penyanyi popular Aizat Amdan.

Projek Muzik Hot FM 2015

Keempat-empat finalis tersebut ialah SIR, Aiman, Masweera dan Monalyssa. Kesemua mereka telah dipilih berdasarkan karya mereka yang menarik perhatian juri. SIR atau nama sebenar beliau, Safwan Idham Ramlan akan menampilkan lagu ciptaannya iaitu “Maaf”. Berlatar belakangkan keluarga yang sememangnya aktif dalam bidang muzik, ternyata memberikan bonus kepada SIR untuk bergiat dalam bidang muzik sejak umur tujuh tahun lagi. Graduan ijazah sarjana muda Fisioterapi ini juga pernah menjadi juara bagi Sajakiri Vokal 2012 selain pernah mendapat tempat kedua bagi Puncak Alam Idol 2012.

Finalis kedua, Mohamad Aiman bin Mamat akan mempertaruhkan lagunya yang bertajuk “Kamu”. Pelajar tahun akhir jurusan senibina ini juga mahir bermain gitar dan mencipta lagu. Harapan Aiman agar ramai lagi pencipta lagu amatur menyertai platform seperti Projek Muzik Hot FM ini.

Masweera bin Mahadi, finalis ketiga yang merupakan seorang pelajar mempertaruhkan lagu ciptaannya “Jangan Bandingkan Aku”. Masweera yang meminati genre muzik pop percaya Projek Muzik Hot FM merupakan platform yang terbaik bagi pemuzik amatur di Malaysia.

Finalis terakhir dan merupakan satu-satunya band, Monalyssa membawakan lagu mereka “Dua Kaki Berlari”. Dianggotai oleh lima orang remaja berbakat besar, Monalyssa ditubuhkan pada Disember 2010 menjadikan band antarabangsa termasuk The Killers dan Coldplay sebagai inspirasi mereka. Pernah bergabung tenaga bersama Radhi OAG, Seven Collar T-shirt dan The Couple di atas satu pentas, Monalyssa bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi karya mereka melalui Projek Muzik Hot FM.

Menurut Puan Anida Tahrim, Pengurus Besar Kumpulan, Rangkaian Radio Media Prima,

Pentas akhir Projek Muzik Hot FM akan di tayangkan secara langsung melalui siaran Muzik-muzik pada 24 Oktober 2015 ini. Finalis akan dinilai oleh juri khas dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM 5,000, RM3,500 dan RM1,500 untuk pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga. Mereka juga akan menerima media publisiti dan pembikinan muzik video peofessional.

Terdahulu, penyertaan Projek Muzik Hot FM dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 35 tahun ke bawah. Karya-karya yang dipertandingkan telah dihantar dalam bentuk video ke laman web Hot FM www.hotfm.com.my atau ke penerbit Muzik-muzik.

Projek Muzik Hot FM ini dibuka bermula Mac sehingga September 2015 di mana kesemua penyertaan yang dihantar akan dinilai secara professional untuk menjadi finalis. Terdapat empat pusingan di mana setiap pusingan, seorang pemenang akan dipilih oleh pihak Hot FM dan Muzik- muzik. Lagu-lagu yang dipilih tersebut dipaparkan di Muzik-Muzik 30 berterusan sehingga peringkat separuh akhir dan juga Anugerah Juara Lagu 30.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Penyanyi Legenda ANDREA BOCELLI Bakal Perform di MTV EMA 2015

Amir Ukays Ditahan Polis Kerana Miliki Pistol