in ,

Siapakah Bakal Peserta Dewi Remaja 2019/2020

Pencarian ‘Dewi Remaja 2019/2020’ baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya di Shah Alam.

Menerima hampir 600 penyertaan, sesi ujibakat yang diadakan selama empat hari pada September lalu telah menyaksikan nama-nama hebat industri di posisi juri, seperti pengacara tersohor tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi, barisan pelakon wanita popular yang sebelum ini turut pernah menjadi sebahagian dari keluarga Dewi Remaja seperti Rozita Che Wan, Anzalna, Ramona Zam Zam dan Dynaz Mokhtar serta penyanyi, pelakon dan pengarah filem hebat,Yusry Abdul Halim

Dari jumlah penyertaan yang diterima, kami telah menyenarai pendek seramai 20 Top Dewi Remaja 2019/2020 yang tediri dari gadis-gadis pelbagai latar belakang dan minat. Namun masing-masing mempunyai misi yang sama iaitu untuk diangkat sebagai ikon remaja dan dianugerahkan mahkota ulung ‘Dewi Remaja’.

Penganjuran kali ini kembali lebih meriah dengan mengangkat tema ‘Pesonakan Bintangmu’ untuk bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal yang positif.

Malah ia juga menjadi platform untuk mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik; sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh peserta Dewi Remaja terdahulu.

Majlis Sidang Media Dewi Remaja 2019/2020’ akan diadakan pada 15 Oktober 2019 (Selasa) dan kepada anda jangan lupa untuk menonton kemaskini dari Budiey tentang program ini. Ketahui barisan senarai nama 12 finalis akhir daripada senarai ‘Top 20’ yang akan terlibat menjayakan penganjuran kali ini!

Penganjuran tahun ini juga turut berbesar hati menerima kehadiran selebriti popular yang juga merupakan Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap yang akan turut hadir sewaktu majlis ini kelak.

Selain itu, majlis sidang media ini turut bakal dimeriahkan dengan kehadiran famili besar alumni Dewi Remaja & Hero Remaja serta barisan artis jemputan seperti Ismail Izani dan ramai lagi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta & Pelawak Maharaja Lawak Mega 2019

Video Buka Kotak & Hands On Review Kamera INSTA360 GO