in ,

Siapa Pilihan Erin Malek dalam Aishiteru

SIAPA PILIHAN ERIN MALEK?
Episod terakhir Aishiteru dedah jawapannya

Perkataan “Aishiteru” yang bermaksud “Aku Cinta Kamu” dalam Bahasa Jepun ini seringkali bermain di mulut pasangan yang dilamun cinta. Seperti drama yang menggunakan tajuk yang sama di TV9, Aishiteru kini sudah semakin hampir ke penghujung ceritanya.

Dibintangi oleh pelakon muda Erin Malek, Afiq Muiz dan Izzue Islam, ia telah berjaya menarik perhatian ramai remaja yang tertunggu-tunggu untuk menyaksikan kesudahan kisah seorang perempuan, Azira (Erin Malek), yang perlu memilih cinta di antara dua jejaka iaitu Izrael (Afiq Muiz) dan Ammar (Izzue Islam).

Rozita Che Wan Sebagai Ibu Saudara Yang Kejam (1)

Episod terakhir Aishiteru yang akan disiarkan pada 1 Mac ini pada hari Khamis jam 8.30 malam akan melihat Azira akhirnya menjejakkan kaki ke menara gading sebagai pelajar tahun satu. Semangatnya yang berkobar-kobar untuk berjaya dalam peperiksaan STPM bermula hanya kerana tercabar setelah melihat kegembiraan Nelly bersama Ammar. Semangat yang dimilikinya itu telah membuahkan hasil kepada Azira manakala hubungan Nelly dan Ammar masih bertahan.

Azira mendapat izin suaminya Izrael dan mertuanya untuk tinggal di asrama. Ammar yang berada di semester terakhir di kampus yang sama menyambut kedatangan Azira dengan perasaan yang begitu gembira. Memang jelas terlihat bahawa Ammar amat merindui Azira dan sedia mendorongnya untuk terus belajar sungguh-sungguh sehingga berjaya menggenggam ijazah.

Ammar menganggap Azira sebagai seorang kawan sahaja dan gembira yang Azira kini hak milik Izrael kerana sekurang-kurangnya ada seseorang yang dapat menjaga Azira. Walaupun Azira dan Izrael bahagia dan tidak mempunyai apa-apa masalah di antara mereka tetapi sebelum ini, memang ada juga orang yang cemburukan cinta mereka iaitu Rania yang dahulunya tidak puas hati dan sanggup buat apa sahaja untuk meruntuhkan rumahtangga Azira dan Izrael. Dia mengintip Azira dan harap dapat bertemu apa sahaja kesempatan yang dapat memisahkannya dari Izrael..

Azira kini bergolak dengan pelbagai cabaran dan masalah dalam hidupnya. Mungkinkah Azira akan sedar bahawa cintanya terhadapa Ammar masih utuh dan kembali kepadanya? Pastikan anda menonton Aishiteru pada hari Khamis ini (1 Mac) jam 8.30 malam menerusi slot Aurora!

Erin Malek

Erin Malek

Erin Malek

Erin Malek

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bunga-Bunga Syurga Lakonan Johan As’ari

Mantera Koleksi Hits Terbaik Malique