in ,

Siapa Penyanyi Antarabangsa Yang Akan Berduet Dengan Nur Fazura?

Diam-diam ubi berisi, senyap-senyap Nur Fazura semakin mencipta nama sebagai penyanyi. Terbaru, melalui berita yang disiarkan di Portal Mstar Online, pelakon Nur Fazura mendedahkan dia bakal merakamkan sebuah lagu duet bersama seorang penyanyi artis antarabangsa tidak lama lagi. Siapakah penyanyi international yang akan berduet dengan Nur Fazura? Sah-sah bukan dari Indonesia, pastinya dari negara Eropah kan?

Bagaimanapun kata penyanyi lagu Bisa Apa ini dia terpaksa merahsiakan terlebih dahulu siapakah artis tersebut namun mengakui teruja dengan projek tersebut.

FazuraForMaydan3

“Alhamdulillah saya diberi pelung untuk merakamkan lagu bersama seorang penyanyi antarabangsa tidak lama lagi. Buat masa ini siapakah artis tersebut adalah rahsia tapi jujur saya sangat teruja dengan projek itu dan memang tidak menyangka dapat bekerjasama dengannya.”

Tambah duta produk Maydan ini, lagu itu bakal dimuatkan dalam album sulungnya yang dijangka akan berada di pasaran pada November depan.

Sebelum ini Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 33, pernah berduet dengan penyanyi dari Indonesia iaitu Ridho Rhoma menerusi lagu Bulan Terbelah Di Langit Amerika selain Jason Dy dari Filipina lagu berjudul Nothing Like Pag-ibig.

Pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia ini juga pernah berkolaborasi dengan kumpulan Estranged menerusi lagu Hancur Aku dan Fattah Amin, Cinderella.

Nur Fazura kini sedang sibuk menjalani pengambaran filem AYAT-AYAT CINTA di United Kingdom bersama pelakon Bront Palarae. Seronok layan IG Story Faz sepanjang berada di sana. Selepas ini, khabarnya Fazura menjadi wakil COACH Malaysia di Pertunjukkan Minggu Fesyen di New York.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dituduh Diva Sombong Dengan Media, Usop Mohon Maaf

New Animated Cinemax Original Series Mike Judge Presents: TALES FROM THE TOUR BUS