in

Siapa Pengacara Jemputan NONA Musim Ke-6

Selepas 10 tahun, Pengacara Jemputan NONA (PJN) kembali untuk musim ke-6! Mula diperkenalkan pada tahun 1990, PJN merupakan program realiti pertama yang dianjurkan oleh TV3 untuk mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan dan kewartawanan.

Lima juara PJN terdahulu, Datin Seri Normala Samsudin, Joweyn Son Yee Yee, Rafidah Zahari, Tengku Khalidah Bidin dan Datin Norjuma Habib Mohamed, masing-masing tampil dengan bakat luar biasa seterusnya menempa nama dalam bidang masing-masing.

Selepas tiga lokasi sesi uji bakat PJN di Kota Bharu (Kelantan), Alor Setar (Kedah) dan Johor Bahru (Johor), penjelajahan tiba di lokasi akhir iaitu di Sri Pentas, Bandar Utama.

Pengacara Jemputan Nona Musim Ke-6

Ini juga merupakan peluang terakhir buat peserta untuk mencuba nasib mereka memikat perhatian barisan juri untuk diketengahkan sebagai pengacara dan wartawan penyiaran yang berkaliber.

Ujibakat Pengacara Jemputan NONA Musim Ke-6

Tarikh : 28 Oktober 2012 (Ahad)
Tempat : Teatherette, Sri Pentas
Bandar Utama, Petaling Jaya

Berita baik buat semua wanita! Bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba nasib, sertai ujibakat PJN yang bakal diadakan sepanjang bulan Oktober ini. Antara syarat-syarat utama menyertai ujibakat PJN ialah warganegara Malaysia, wanita berusia antara 18 hingga 28 tahun, mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil diploma, berperwatakan menarik, memiliki vokal mantap dan mampu berkomunikasi dengan baik. Peserta juga dikehendaki membawa salinan kad pengenalan, sijil pendidikan dan gambar berukuran pasport atau 4R ketika menghadiri ujibakat.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “Tujuan utama kami menganjurkan semula pertandingan Pengacara Jemputan NONA atau PJN adalah untuk mencari dan menggilap bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai pengacara dan wartawan penyiaran yang berkaliber. Ini merupakan peluang baik buat kaum wanita untuk menjadikan PJN sebagai platform mereka mempamerkan kebolehan yang ada dan sekaligus mewarnai dunia penyiaran tanah air sebaris nama-nama ulung seperti Dian P Ramlee, Christine Ling, Datin Seri Normala Samsudin, Azizah Ariffin, Nurul Syuhada, Maya Karin dan ramai lagi.”

“Peserta yang berminat untuk menyertai ujibakat PJN dinasihatkan membuat ‘homework’ supaya lebih bersedia, contohnya, cara menemuramah responden, mampu bertutur dengan suara yang jelas dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Gaya penyampaian pula tidak meniru sesiapa. Fasih dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta penguasaan dalam bahasa ketiga adalah satu bonus”, tambah Ezzah Aziz Fawzy, Penerbit Eksekutif PJN.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Truth About Jennifer Lopez’s Workout and Diet Plan

SCANDAL BIOGRAPHY