in

Siapa Pemenang Separuh Akhir Muzik-Muzik Pop Rock Malam Ini?

Malam ini pertaruhan terakhir untuk memilih lagu-lagu yang bakal berentap di AJL akan diadakan. Agak-agak koranglah lagu manakah yang akan terpilih?

Teka-teki Separuh Akhir Muzik-Muzik bagi kategori Etnik Kreatif dan Balada sudah pun terjawab. 8 buah lagu telah pun berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 23 yang akan berlangsung pada 18 Januari 2009. Lagu-lagu tersebut termasuklah “Doa Dalam Lagu” (Ajai/Loloq) nyanyian Mawi & Heliza, “Persoalan Cinta” (Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley) nyanyian Farawahida “Dusta Berkalang” (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtry Yahya) nyanyian Aiman, “Sampai Syurga” (Audi Mok/Faizal Tahir) oleh Faizal Tahir, “Bila Nak Saksi” (Tam/Loloq) oleh Spider, “Hanya Di Mercu” (Aubrey Suwito/Habsan Hassan) nyanyian Ayu, “Cuba” (Audi Mok/Faizal Tahir) nyanyian Faizal Tahir dan “Lagu Kita” ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh penyanyinya Aizat.
 
Kini, hanya tinggal kategori Pop Rock untuk berentap bagi melengkapkan pencarian lagu-lagu hebat yang bakal berentap ke Anugerah Juara Lagu 23. Siapakah antara artis, komposer dan penulis lirik dalam kategori ini yang akan sama-sama menyertai kategori Etnik Kreatif dan Balada pada malam penuh gilang-gemilang tersebut?

Kategori Pop Rock menyaksikan artis-artis hebat bakal membuat persembahan mempertaruhkan lagu masing-masing dan antara mereka termasuklah Elyana, Mila, The Lima, Fiq, Hattan, Meet Uncle Hussein, Estranged, Spider, Shah & Ella, Stacy dan The Faboulous Cat manakala komposer dan penulis lirik yang berentap termasuklah Aidit Alfian, Audi Mok, Edry Abd Halim, Edrie Hashim, Tam (Spider), Ajai Ad Samad, Loloq dan ramai lagi.

Tarikh : 12 Disember 2008 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam (Pintu akan ditutup pada jam 8.45 malam dan siaran langsung bermula pada jam 9.00mlm)
Tempat : Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral

Eh! Eh! Tangan vokalis Meet Uncle Hussain ni nak merayap ke mana tu? Mila lak gelak bukan main lagi. Seronok tu. Malam ni sukses la Mila. Good luck, bebeh!

Bro Hattan, you look so serius la… senyum sikit la kat pembaca Sensasi Selebriti.

Alalala, Dina ni anak manja rupanya. Lentok di bahu Zulfekar… mmm… empuk macam tilam vono kata Dina.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KEMPEN DERMA DARAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN ANJURAN MASJID NEGARA

Gambar Majlis Pertunangan Budiey Tersebar di Internet