in ,

Siapa Kekasih Hati Zizan Razak?

Tidak lewat untuk mengucapkan selamat hari jadi buat pelawak paling popular, Zizan Razak. Semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki. Semalam, genaplah 30 tahun usia beliau. Sebagai meraikan hari jadi, Zizan telah diraikan dalam satu majlis sambutan hari lahirnya yang dianjurkan peminatnya (Zizan Twitter Family – ZTF) malam tadi.

Di majlis ini, Zizan menyatakan hasrat ingin berumah tangga dan mengakui hatinya sudah berpunya.

Apabila ditanya mengenai status sebenar kekasihnya itu Zizan tidak mahu mengulas lanjut namun begitu hanya berkongsi bahawa wanita bertuah itu merupakan orang yang dekat dengannya dan bukan dikalangan artis.

Zizan turut memberitahu wanita ini masih baru lagi dikenalinya dan memberitahu ciri-ciri wanita idamannya ada pada wanita tersebut.

“Saya kalau boleh suka orang yang simple, tidak seksi, dan apa yang paling penting pandai ambil hati orang tua saya”, katanya.

Siapalah agaknya gerangan kekasih Zizan ni ya?

Tahniah juga buat Zizan yang menang besar di ABP baru-baru ini. Sukses!

Zizan Razak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Nafi Gosip Bercinta Dengan Hans Untuk Laris Filem

Persembahan Lawak Ke Der & Najwa Latif di Karnival Seni Kreatif Kita 2013