in , ,

Siapa Kata Usahawan Melayu Tiada Dalam ‘Mall’, Jenama Ini Telah Buktikan

Selepas tiga tahun beroperasi dalam talian, jenama popular tempatan Absolut Chocolat kini mengorak langkah mempunyai cawangan stor fizikal pertamanya di pusat beli belah terkemuka, Mid Valley Megamall.

Kios berkenaan di bawah tapak bernombor LGC-18 itu menjadi bukti kelangsungan jenama yang dimiliki anak tempatan berbangsa Melayu bersaing secara sihat dan berdiri sebaris dengan jenama besar lain di pasar raya terkemuka negara.

Jenama berdaftar di bawah Absolut Brands Sdn Bhd sejak 18 Februari 2018 itu diusahakan pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab.

Ben selaku Pengarah Urusan syarikat berkenaan berkata tujuan utama memasuki pasaran ‘offline’ dengan menyasarkan kesemua pasar raya terkemuka sekitar Lembah Klang itu sebagai strategi keluar dari zon selesa.

Siapa Kata Usahawan Melayu Tiada Dalam 'Mall', Jenama Ini Telah Buktikan

“Ini kerana sektor ‘offline’ terutamanya di dalam pasar raya mega ini didominasi oleh bangsa lain selain Melayu. Lantas ia menjadikan faktor ini sebagai satu cabaran dan batu loncatan kepada kami untuk terus maju kehadapan melalui visi dan misi yang diperjuangkan.

“Walaupun laluan itu tidak mudah bagi sebuah jenama yang dikirakan baru untuk pasaran offline seperti kami, saya optimis. Usaha ini juga sebagai langkah permulaan bagi kami untuk membawa nama Absolut Chocolat tidak hanya di Malaysia, bahkan di serata dunia,”

– Ben Ali
Siapa Kata Usahawan Melayu Tiada Dalam 'Mall', Jenama Ini Telah Buktikan

Tambah Ben atau nama penuhnya, Nur Ali Nadzwan, jenama yang baru menerima pengiktirafan oleh Superbrand International dengan menjadi salah satu jenama yang membawa gelaran ‘Superbrand’ di Malaysia itu juga cuba melawan arus.

Siapa Kata Usahawan Melayu Tiada Dalam 'Mall', Jenama Ini Telah Buktikan

“Antara sebab lain kenapa kami melebarkan cabang peniagaan ke sektor luar talian (offline) ini selepas melihat kesan pandemik COVID-19 yang menggegar dunia. Khususnya kepada peniaga offline yang paling terkesan dan terpaksa menutup kedai selama berbulan bulan kerana terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa.

“Di saat banyak perniagaan offline mahu bertukar ke online, kami pula mengambil langkah sebaliknya. Usaha itu juga sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya apa-apa berlaku pada dunia dalam talian. Sekurang kurangnya kami mempunyai sandaran perniagaan offline juga. Siapa pun tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti, dunia perlu menutup operasi ekonomi secara menyeluruh,”

– Ben Ali
Siapa Kata Usahawan Melayu Tiada Dalam 'Mall', Jenama Ini Telah Buktikan

Usaha menembusi pasaran luar talian dengan memilih lokasi pertama pusat beli belah itu turut didorongi pelbagai faktor termasuk mahu ia diterima semua lapisan masyarakat.

“Salah satunya, kerana pusat beli belah itu memiliki faktor demografik yang lebih seimbang. Selama ini 85 peratus daripada pelanggan kami di kalangan orang berbangsa Melayu. Namun kami percaya bahawa perniagaan berasaskan food and beverage (F&B) ini untuk semua kaum.

“Jadi kami memilih pusat belah itu juga kerana 50 peratus pengunjungnya di kalangan kaum Cina. Lucunya menerusi bancian kami lakukan selepas dua minggu beroperasi di situ, menyangka jenama kami dari Korea. Malah rata rata terutama pelanggan berbangsa Cina tidak pernah mendengar jenama kami,”

– Ben Ali

Sementara itu, Nadiyah selaku Ketua Pengarah Eksekutif pula berkata empat lagi
kios fizikal di pusat beli lain sedang dirancang kemasukannya dalam tahun ini.

“Apabila mula memasuki Mid Valley, kami mula mendapat pelawaan daripada beberapa pusat beli belah utama lain.

“Seiring dengan apa yang dirancang, kami akan membuka empat lagi cawangan kios di Pavilion KL, Sunway Pyramid, IOI Mall Putrajaya dan Sunway Velocity bermula dari Oktober sehingga Disember 2021.

“Dan kami dijangka akan membuka lima cawangan kios lagi juga di Lembah Klang sebelum April tahun depan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10 cawangan bagi suku pertama 2022,”

– Ben Ali
Siapa Kata Usahawan Melayu Tiada Dalam 'Mall', Jenama Ini Telah Buktikan

Dalam pada itu, jenama ini beroleh rezeki dan terus bertahan meneruskan survival
di era pandemik.

“Pada tahun lalu, syukur perniagaan kami tidak terkesan kerana fasa sekatan pergerakan perjalanan pertama menyaksikan kebanyakan masyarakat banyak berbelanja di sektor online. Sekaligus ia menyebabkan kami mencatat hasil jualan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.

“Namun bagi tahun ini pula, aliran perbelanjaan masyarakat dilihat agak sedikit perlahan. Mungkin disebabkan oleh faktor mahu berjimat cermat apabila sudah memasuki fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kami sejujurnya sedikit terkesan,”

– Ben Ali
Siapa Kata Usahawan Melayu Tiada Dalam 'Mall', Jenama Ini Telah Buktikan
Siapa Kata Usahawan Melayu Tiada Dalam 'Mall', Jenama Ini Telah Buktikan
Siapa Kata Usahawan Melayu Tiada Dalam 'Mall', Jenama Ini Telah Buktikan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOOX Lancar Fitur Terbaharu Artist Room & Superstar Fans Pick

TM & Astro Berkolaborasi Menyediakan Pengalaman Digital Berkualiti Tinggi