in ,

Siapa Juara Konsert AKHIR Gegar Vaganza Musim Ketiga

Minggu separuh akhir Gegar Vaganza yang berlangsung Ahad lalu menjadi semakin hangat apabila penyanyi Nora menerima markah terendah sekaligus terpaksa disingkirkan di akhir konsert walaupun menyahut cabaran untuk menyanyikan lagu pilihan media di saat akhir. Dengan keputusan ini, enam bintang yang masih kekal iaitu Intan SarafinaAzharina, Siti Sarah, Zarul, Ameng dan G-Mie berjaya mara ke peringkat akhir.

Untuk konsert akhir, kesemua finalis bakal mendendangkan dua buah lagu berbeza yang bakal digabungkan menjadi satu lagu ataupun ‘medley’. Bintang manakah yang bakal menyerlah di pentas akhir sekaligus menjadi juara Gegar Vaganza tahun ini? Segalanya bakal terjawab Ahad ini.

Siaran Langsung Konsert AKHIR Gegar Vaganza Musim Ketiga bakal berlangsung pada 4 Disember 2016 (Ahad), jam 8.00 malam @ Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drake is Spotify’s Most Streamed Artist for 2016

Video Gegar Vaganza 2016 Trending di Youtube Malaysia