in ,

Siapa Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 26

3 Suara, Nubhan, Hafiz, Yuna, Alyah, Atilia & Monoloque, Najwa Latif, Hazama, Aizat dan Projek Pistol berjaya menduduki lima teratas pada separuh akhir pertama dan kedua. Namun, teka-teki sama ada mereka dapat melangkah ke Anugerah Juara lagu 26 (AJL26) hanya akan terjawab selepas separuh akhir Muzik Muzik 26 pusingan ke-3 kerana hanya 12 finalis yang layak bertanding di pentas AJL 26 pada 29 Januari 2012.

Separuh akhir Muzik Muzik 26 yang dihoskan oleh Faizal Ismail (FBI) dan Cheryl Samad bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam jam 9.00malam – 10.30malam. Separuh akhir ketiga pada 2 Disember (hari ini) bakal menyaksikan 8 lagu bertanding iaitu Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet), Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Anuar Zain), Bila Bertemumu (Shiha), Cinta Matiku & Menyesal (Sixth Sense), Karma (Faizal Tahir) serta Aku Permata (Salma). Artis jemputan pada malam tersebut ialah Kumpulan Ilusi.

Hari/Tarikh : 2 Disember 2011 (Jumaat)

Waktu : 8.00malam (Pintu akan tutup pada 8.50malam)

Tempat : Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Kepada orang ramai yang berminat, tiket percuma boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 2 Disember (MUZIK MUZIK 26 Separuh Akhir bahagian 3) mulai jam 11.00pagi hingga 5.00petang.

Good luck kepada semua yang akan perform hari ini. Terutama sekali kepada Anuar Zain. 🙂

Anuar Zain AIM18

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik Buka Semangat Tomok & One Night Only

Charge-on-the-Go with TomTom High Speed Multi-Charger