in

Siapa Datuk T Dalang Video Seks Pemimpin

Siapakah gerangan ‘Datuk T’…?

Satu negara hari ini dok bercakap soal siapa Datuk T… lelaki yang panggil ‘senior editor’ media untuk tunjuk tayangan video seks. Kalau ikut cerita Datuk T, beliau diarahkan oleh ahli politik berkenaan untuk ambil jam tangan di lokasi kejadian, tapi cari punya cari terjumpa CCTV pula.

Jeng, jeng jeng… kalau ikut logik cerita itu, maknanya ‘ahli politik’ dalam video itu kenal dengan Datuk T? Petang Jumaat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi dia ‘individu’ dalam video tersebut.

Media melaporkan, rakaman video itu memaparkan pemimpin berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Menurut Datuk T, salinan rakaman itu akan dihantar kepada ahli politik tersebut dan isterinya seminggu dari hari ini, “bagi menentukan sama ada individu itu adalah …(nama dirahsiakan)”.

“Jika ia benar…. (pasangan itu) mesti berundur dari politik,” katanya dalam kenyataan yang ditandatangani sebagai ‘The Insider’ yang kemudiannya diedarkan kepada wartawan setelah mereka menyaksikan rakaman itu. Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman, saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar forensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu. Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk menentukannya.”

Menjelaskan bagaimana beliau memperolehi pita itu, Datuk T berkata beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.

Datuk T mendakwa hotel itu menawarkan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.

“Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wayar di belakang meja solek.

“Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.

“Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman (ahli politik itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan,” kata Datuk T. – 21/3/2011

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip Lagu Kerek Bandi Amuk Tema Filem Karak

Lagu Hujan Terbaru Inspektor Remos