in

Siapa Bakal Juara GEGAR VAGANZA 2015?

Pejam celik pejam celik, program Gegar Vaganza 2 bakal melabuhkan tirainya pada hujung minggu ini. Program realiti nyanyian yang berjaya mencipta fenomena dalam industri seni hiburan tanah air ini bakal menyaksikan enam finalis iaitu Farahdhiya, Nassier Wahab, Haiza, Siti Nordiana, Ezad dan Acong berentap di pentas akhir kelak.

Senarai Lima Finalis GEGAR VAGANZA 2015

Melihat kepada kesemua finalis, rata-rata mereka ada peluang untuk menang. Cuma kita sendiri pun tahu siapa yang sentiasa berada di tangga teratas. Mungkin dia yang akan menang. Budiey ramai Siti Nordiana akan jadi juara GEGAR VAGANZA 2015. Setuju?

Di minggu akhir ini, dua tugasan menanti setiap peserta. Selain daripada lagu solo, mereka juga harus mempersembahkan sebuah lagu duet bersama pasangan masing-masing. Siapakah pasangan duet bagi setiap barisan finalis ini? Dan persoalan utama, peserta manakah yang akan menggondol takhta juara seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000? Sama-sama kita saksikan detik yang paling dinanti-nantikan pada Ahad ini.

Budiey ucapkan selamat maju jaya buat semua pemenang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Popular Lelong Barangan Peribadi di Festival #KamiBersamamu

Ashraf Muslm & Noor Dayana Timang Cahaya Mata Pertama