in , ,

Siap Bagi 1 Bakul Surat Cinta, Mira Filzah Akui Wan Emir Sangat Romantik

Saat yang paling dinantikan oleh kebanyakan peminat, akhirnya terlerai jua. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, aktres jelita Mira Filzah telah sah menjadi isteri kepada jejaka bernama Wan Emir Astar.

Majlis pernikahan yang bertemakan Mihrab Cinta itu telah diadakan di Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh rakan-rakan serta keluarga terdekat. Namun, pasti ramai juga yang ingin mengetahui kisah antara merpati dua sejoli ini kan?

Menerusi YouTube Official Ria X, Mira Filzah menyatakan perasaan cinta terhadap lelaki itu hadir tanpa disedarinya. Selain itu, selebriti ini turut memuji lelaki berkenaan kerana berani untuk bertemu dengan ibunya sehinggalah dia diminta untuk berkenalan sesama sendiri. Pelakon drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ ini menyatakan mereka saling bertemu dengan ibu bapa masing-masing setelah merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Selain itu, pelakon kecil molek ini memilih Wan Emir kerana mengagumi sikapnya yang sangat menghormati orang tua dan sentiasa bersikap tenang. Mira Filzah mengakui lelaki tersebut sangat kelakar meskipun perwatakan luarannya nampak formal dan tegas. Turut tidak ketinggalan, selebriti wanita ini menyatakan bahawa jejaka itu pernah menulis surat kepadanya dan kini hampir sebakul coretan itu telah dikumpul.

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini. Semoga mahligai cinta yang dibina oleh Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar berkekalan selamanya sehingga ke jannah serta dikurniakan cahaya mata yang comel-comel.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jangan Lupa Simpan Resit Percutian Untuk Pelepasan Cukai Sebanyak RM1000

RTM Siar Filem ALIF DALAM 7 DIMENSI Lakonan Alif Satar di TV2