in , , ,

Shukri Yahaya Pilihan Nur Fathia dalam Dia Isteri Luar Biasa

Setelah puas mencari dan mahu cepat memiliki zuriatnya sendiri, Fathia Latiff akhirnya memilih Syukri Yahya sebagai suaminya. Perwatakan Shukri yang dilihat cukup sempurna sebagai seorang lelaki yang matang, bekerjaya dan beriman telah menarik minat Fathia walaupun tiada cinta di hatinya. Bagaimana dengan Aiman, kekasih yang selama ini bertakhta di hati Fathia? Ramai telah mendoakan percintaan di antara Aiman dan Fathia berakhir ke jinjang pelamin, namun jangan risau… Shukri hanya menjadi suami Fathia untuk drama terbaru bagi slot Akasia iaitu Dia Isteri Luar Biasa.

Shukri yahaya 2

Menggantikan Hati Perempuan yang bakal berakhir 14 Mei ini, Dia Isteri Luar Biasa (DILB) bakal bersiaran bermula 18 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6. 55 petang. Drama adaptasi novel daripada novelis Umie Nadzimah ini dijangka bakal menjadi kegilaan ramai apabila menggandingkan hero yang semakin menjadi pujaan ramai iaitu Shukri Yahaya dan juga Fathia Latiff. DILB turut dijayakan oleh Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadhirah, Datin Ziela Jalil, Pian Kepoh, Syatilla Melvin, Leez Rosli dan ramai lagi. Walaupun belum disiarkan lagi, DILB telahpun mengumpul peminatnya sendiri apabila satu majlis tayangan akan dianjurkan oleh kelab peminat pelakon-pelakon utamanya sempena episod pertama DILB di Asmara Penchala, Kampung Sungai Penchala.

Dia Isteri Luar Biasa (DILB) mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.

Fathia 1

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.

Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi? DILB wajib menjadi tontonan anda semua jika anda ingin mengetahui kesudahannya. Jangan lupa juga untuk melayari www.tonton.com.my untuk siaran ulangan jika anda ketinggalan mengikuti drama 28 episod ini. Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

DILB 1

DILB 3

DILB 5_1

DILB 5

DILB 7

DILB 11

DILB 12

DILB 13

DILB 14

DILB 17

image

Syukri Yahaya 3

Fathia 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJ Cash Money To Join MTV MUSIC EVOLUTION 2015 Performers Line-Up

MODA NAQUIRKEE Buat Si Unik