in , ,

Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Mengenai Keadaan Siti Sarah di ICU

Pelawak Shuib menyeru orang ramai supaya berhenti berkongsi rakaman audio yang tular di WhatsApp mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Perkongsian terbaru pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu yang meminta pihak terbabit dari terus menyalahgunakan info yang boleh mengelirukan orang ramai.

Menurut Shuib, voice note isterinya, penyanyi Siti Sarah yang tular bukanlah yang terkini sebaliknya yang beberapa hari sebelum ini.

”Saya mohon padam posting berkenaan voice note itu,”

– SHUIB

Rakaman audio yang tular itu menceritakan keadaan Siti Sarah yang dilaporkan sudah tiada harapan selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawat penyanyi berkenaan.

Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Mengenai Keadaan Siti Sarah di ICU

”Assalamualaikum semua. Berkenaan voice note yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat 6hb Ogos.

”Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi (share), tolong padam posting tersebut di mana -mana platform media sosial.

– Shuib

Sarah Masih Ditidurkan

Malah kata Shuib, keadaan Siti Sarah juga masih ditidurkan meskipun semalam beliau memaklumkan terdapat tanda-tanda positif.

”Keadaan terkini Sarah masih lagi ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan diberi kesembuhan kembali.

”Saya juga mendoakan pada semua dilindungi, diberkati serta dirahmati Allah swt..”

– Shuib

Terdahulu Shuib meluahkan rasa syukur apabila doktor memaklumkan keadaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin semakin stabil.

Malah, perkembangan positif yang ditunjukkan Siti Sarah, 36, amat-amat menggembirakan Shuib kerana sebelum ini dia mengakui hampir putus asa terhadap keadaan isteri kesayangannya itu.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkata, setakat pukul 6 petang Sabtu, kadar oksi.gen Siti Sarah sudah mencecah paras 85 berbanding paling rendah sebanyak 40 pada pukul 11 malam Jumaat sedangkan kadar ideal oksig.en bagi manusia ialah melebihi 95 peratus.

”Allah maha baik. Allah bantu saya dan Siti Sarah dengan memberikan rahmatNya, dihadirkan ramai orang berdoa, membaca Yassin dan mengadakan solat hajat tanya henti.

”Berkat kebaikan semua orang pada isteri saya itu, Allah hadirkan keajaiban buat saya.

”Keajaiban itu berlaku di depan mata saya. Saya amat-amat bersyukur dan menginsafi kebaikan Allah buat saya dan isteri,”

– Shuib

Shuib berkata demikian ketika berkongsi perkembangan terkini Siti Sarah dalam sesi bacaan Yassin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi yang disertai oleh 157 kenalan pasangan itu.

Tak Lelap Tidur, Hilang Selera Makan

Selepas berhari-hari melalui detik-detik yang sukar sehingga tidak lelap tidur serta hilang selera makan, Shuib mengakui, keajaiban yang Allah hadirkan dalam tempoh 24 jam lalu telah mengembalikan semangat serta senyumannya.

”Di sebalik uijan ada kemanisan yang Allah berikan.

”Saya sangat beremosi dan terlalu seronok melihat keprihatinan rakan-rakan kami yang saling berganti menghadiahkan bacaan Yassin, solat hajat serta doa yang tidak putus-putus buat Siti Sarah serta anak kami.

”Saya seperti mendapat semangat baharu. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Siti Sarah, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,”

– Shuib

Siti Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada Rabu lalu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan selepas dij4ngkiti C0V1D-19.

Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Shuib dan anak-anaknya bagaimanapun, disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.

Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.

Kata Shuib, anak bongsu mereka itu masih ditempatkan di HCTM tetapi sudah mula menunjukkan perkembangan yang baik.

”Pada awalnya doktor maklumkan anak kami tidak bernafas dan tidak bergerak tetapi selepas memantaunya …

”.sudah mula menunjukkan perkembangan, sudah mula menendang kaki dan menggenggam tangannya selain sudah membuka mata,”

– Shuib
Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Mengenai Keadaan Siti Sarah di ICU

Sejak dimasukkan ke ICU dan ditidurkan Siti Sarah masih belum sedar lebih dari 42 jam. Malah, semalam doktor memaklumkan Sarah ditiarapkan bagi membolehkan paru-paru dan

oksigen bekerjasama. Ibu anak empat ini juga baru saja melalui pembedahan mengeluarkan bayi lelaki pramatangnya dalam keadaan ditidurkan. Anak bongsunya itu, Ayash Affan dimaklumkan Shuib berada dalam keadaan stabil.

Siti Sarah, Shuib dan tiga orang anaknya disahkan positif Covid-19 selepas pembantu rumahnya dijangkiti virus berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perdana Menteri Umum Kemudahan Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Covid-19

Dah Melampau, Che Ta Blocked & Tak Nak Kerjasama Dengan Diva AA Yang Hina Ibunya