in

SHOWDOWN THE MOVIE Filem Aksi-Tarian Jalanan Terbaik 2016

Grand Brilliance mempersembahkan sebuah produksi Lightbulb Pictures, Showdown the Movie. Sebuah majlis sidang media diadakan di The Bee, Publika pada hari ini bertujuan untuk memperkenalkan filem dan barisan pelakon utama, iaitu “Battle Crew”. “Battle Crew” terdiri daripada Reza Hazbi, Jehan Shukri, Aiman Asmawar, Azim Aris (dari Krew Wakaka), Amirul Hadi (dari krew Bounce Stepperz) dan Ben Laden. Dihoskan oleh DJ Hot FM Ikhwan, majlis tersebut dimulai dengan persembahan tarian khas dari Battle Crew.

Grand Brilliance Mempersembahkan Showdown The Movie – Filem Aksi-Tarian Jalanan Terbaik 2016

Filem arahan Khairil M. Bahar ini merupakan sebuah filem aksi tari jalanan (dance street action) yang mengisahkan tentang kumpulan tarian “Battle Crew” yang bercita-cita untuk menjadi juara dalam sebuah pertandingan tarian terbesar di Malaysia iaitu “Showdown”.

Pelbagai rintangan terpaksa “Battle Crew” tempuhi demi merealisasikan impian mereka.
“Saya berharap agar filem ini dapat mengetengahkan bakat penari-penari tempatan serta adegan tarian yang terdapat dapat filem ini kepada masyarakat umum. Sebagai seorang pembikin filem, saya juga mengharapkan bakat-bakat mereka di layar perak mampu membawa perjalanan karier mereka ke tahap yang lebih jauh,” ujar Khairil M. Bahar, Pengarah Showdown the Movie.

Showdown the Movie diilhamkan dari rancangan televisyen realiti pertandingan tarian, Showdown yang pernah merangkul beberapa buah anugerah dan jumlah penonton yang tinggi.

Showdown the Movie juga dibantu oleh beberapa pelakon utama yang lain seperti Iedil Putra, Azad Jazmin, Ammar Alfian, Maria Farida, Esma Daniel dan ramai lagi. Showdown the Movie juga menampilkan penampilan khas dari DJ Hafiz Hatim dan krew tarian yang berbakat besar iaitu Giller Battle Crew, yang pernah menjadi naib juara Pertandingan Showdown 2010.

“Ini adalah kesinambungan daripada usaha kami untuk memperkenalkan pembikin filem yang baru dan menarik serta Khairil M. Bahar merupakan calon yang sesuai. Ideologi dan daya kepekaan muzikal beliau menjadi pelengkap kepada nada dan tema filem ini. Genre aksi tari jarang diceburi di Malaysia. Dengan itu, kami gembira dapat menggabungkan genre ini dengan unsur-unsur tarian, drama dan aksi di dalam satu gabungan yang mengujakan untuk penonton filem tempatan,” komen Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Produksi Filem, Grand Brilliance.

Majlis dimeriahkan lagi dengan pelancaran Muzik Video lagu Inilah Nasibku versi terbaru oleh Nico G yang juga diarahkan oleh Khairil M. Bahar.

Untuk makluman lanjut mengenai Showdown the Movie, sila layari www.facebook.com/grandbrilliance atau ikuti kami di laman sosial Twitter dan Instagram di https://twitter.com/GrandBrilliance and @grandbrilliance.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rihanna Lancar Kasut THE TRAINER BY FENTY

Yatt Hamzah Sah Bergelar Isteri Zulfadhli Dengan Sekali Lafaz