in , ,

Showcase Tour The Fabulous Cats, Nurul, Zhana, Imran Ajmain dan Nitrus di Pulau Pinang

Metadome Sdn. Bhd. bakal mengadakan siri jelajah di Utara, Semenanjung Malaysia tanggal 21 & 22 Febuari 2009 dan Budiey turut dijemput untuk menyertai rombongan artis ke Utara.

Pada mulanya, memang Budiey bersetuju untuk ikut rombongan ini, namun Budiey terpaksa batalkan disebabkan terpaksa hadir di Majlis Pelancaran Hypp.TV di The Curve. Dapat job, Budiey terpaksa pilih ke The Curve kerana Budiey dibayar untuk ke majlis pelancaran Hypp TV. Tapi rasa terkilan gak sebab nak ikut sama-sama dengan Liyana Jasmay!!!

Antara artis dibawa syarikat ini yang akan bersama-sama memeriahkan lagi siri jelajah ini ialah The Fabulous Cats, Nurul, Zhana, Imran Ajmain, Liyana Jasmay dan Nitrus. 

Siri jelajah ini adalah bertujuan bagi mendekatkan artis dan peminat di Utara tanah air di samping mempromosikan artis-artis di bawah naungan Metadome Sdn. Bhd.     

Menariknya siri jelajah ini turut mendapat kerjasama dari pada majalah Hai, selaku majalah hiburan terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd.. Pada sebelah malamnya pula artis jemputan bakal mengadakan persembahan di Mois Club, Pulau Pinang.  

Semua artis, krew dan wartawan akan bertolak dari KL Sentral, Kuala Lumpur. Perjalanan yang memakan masa lebih 4 jam ini akan tiba di Cinta Rasa Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah sesi bertemu peminat di Central Square, Sungai Petani, Kedah. Pada jam 3.00 – 5.00ptg.

Hari kedua siri jelajah ini akan bergerak ke Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk sesi bertemu peminat dan mengadakan persembahan disana. 

Manakala persembahan Eksklusif di The Carnival Cinta Sayang Resort akan di taja oleh Pihak Metadome Sdn.Bhd. Di samping itu, pihak Utusan Karya Sdn. Bhd turut membuat jualan majalah Hai dengan harga promosi sebanyak RM 2.00 sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Tahlil Arwah Bapanya

Gambar Fara Fauzana di Sidang Media Top 5 ABP 2008