in , ,

Showcase Sunday Nite Live FERHAD di Planet Hollywood

Siri Sunday Nite Live 2007 dengan bangganya mempersembahkan anda semua salah seorang penghibur terbaik di Malaysia; Ferhad! Beliau mengegarkan pentas utama Planet Hollywood pada dua malam istimewa di bulan hadapan iaitu pada 20 dan 27 Mei 2007.

Siri Sunday Nite Live 2007 dengan bangganya mempersembahkan anda semua salah seorang penghibur terbaik di Malaysia; Ferhad! Terkenal dengan kehebatan beliau membuat persembahan, suara yang cukup unik dalam mendendangkan lagu-lagu berentak R&B dan soul serta mempunyai kreadibiliti sebagai seorang penghibur bertaraf antarabangsa, Ferhad akan mengegarkan pentas utama Planet Hollywood pada dua malam istimewa di bulan hadapan iaitu pada 20 dan 27 Mei 2007.

FERHAD – SENSASI R&B DAN SOUL YANG SEBENARNYA!

MASA : 10.30 Malam

TARIKH : 20 & 27 Mei 2007

Persembahan yang akan bermula pada pukul 10.30 malam ini bakal menyaksikan kehebatan artis ini kembali beraksi buat kesekalian kalinya di pentas yang tidak lagi asing bagi beliau ini.

Pada kedua-dua malam tersebut, Ferhad akan mempersembahkan lagu-lagu dari album-album beliau yang terdahulu dan istimewa buat peminat-peminat beliau, Ferhad juga akan mempersembahkan bibitan-bibitan lagu-lagu baru yang di muatkan di dalam album terbaru beliau, di mana di jangkakan akan menemui peminat-peminat di dalam waktu yang terdekat ini!

Untuk kedua-dua malam tersebut, beliau akan di iringi oleh para-para pemuzik handalan tanah air yang cukup berbakat besar sekali.

Sudah pasti anda semua akan terpukau dengan kehebatan vokal dan stail persembahan Ferhad yang cukup gah dan tidak boleh di pertikaikan lagi! Kini, Ferhad sudah bersedia untuk kembali beraksi di pentas utama Planet Hollywood dan beliau menjanjikan hanya yang terbaik sahaja untuk peminat-peminat beliau di luar sana! Lagu-lagu hits beliau seperti ‘Kasih Berubah’, ‘Pernah’, ‘Soul In Me’, ‘Higher & Deeper’ dan banyak lagi akan di persembahkan pada kedua-dua malam tersebut.

Sunday Nite Live di Planet Hollywood mempersembahkan showcase secara langsung yang terdiri daripada barisan artis yang popular di Malaysia. Persembahan yang terbaik, terulung dan juga bakat mereka yang unik dapat dilihat secara dekat dan intimasi. Antara artis-artis yang telah membuat persembahan di bawah siri Sunday Nite Live termasuklah Siti Sarah, M.Nasir, Ning Baizura, Search dan yang terbaru sekali Jaclyn Victor, Lefthanded, Misha Omar, Sheila Majid, Wings, Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah, Ella dan Hazami.

Bagi peminat-peminat muzik berentak R&B, soul dan pop yang ada di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk di hiburkan oleh Ferhad dengan suara dan persembahan beliau yang tersendiri, di dalam suasana yang penuh intimasi. Waktu persembahan bermula pada jam 10.30 malam, dan ia akan berlangsung selama 45 minit setiap satu set (dua set). 

Bayaran masuk bagi Sunday Nite Live bersama Ferhad ialah RM 40, termasuk satu minuman percuma.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03- 2144 6602.

Gambar Ferhad sedang menyanyi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem SUMOLAH Lakonan Afdlin Shauki – Part 1

Gambar Salima AF4 Tidak Bertudung Jadi Bahan Viral