in ,

JOOX & Red Box Berganding Bahu Jayakan SHOWCASE SOUNDS GOOD

JOOX, aplikasi dan perkhidmatan jaring penstriman muzik percuma, yang mengorak langkah sebagai salah satu daripada aplikasi yang paling pesat berkembang di pasaran, bekerjasama dengan Red Box, pusat karaoke yang bermatlamat mewujudkan budaya hiburan karaoke serba baharu yang sihat di Malaysia.

IMG_0891

Joox X Red Box Berkerjasama Dalam ‘Showcase Sounds Good’ Khas Untuk Penggemar Muzik

[dropcap]B[/dropcap]agi meningkatkan pengalaman muzik pengguna ke dimensi baharu, JOOX dan Red Box Karaoke akan menganjurkan ‘Sounds Good’ buat para peminat muzik bermula bulan April ini di mana para peminat boleh bertemu dengan artis kegemaran mereka sambil menikmati pengalaman muzik yang luar biasa.

‘Sounds Good’ akan bertindak sebagai tuan rumah bagi peminat dan artis kegemaran mereka di beberapa cawangan Red Box dan Green Box. Acara ini akan menawarkan persembahan ‘unplugged’ oleh artis, permainan interaktif bersama peminat serta sesi ramah mesra untuk memberi peluang kepada para peminat mendekati dan mengenali artis tersebut secara dekat.

Mengumpulkan para peminat bersama artis kegemaran dalam acara muzik gilang-gemilang!

‘Sounds Good’ bertujuan memberikan wadah untuk artis mempromosikan muzik mereka sama ada mereka merupakan seorang penyanyi, penulis lagu atau pemuzik. Idea di sebalik ini adalah untuk membolehkan individu-individu ini berkongsi muzik mereka melalui acara akustik santai sambil beramah mesra dengan peminat mereka dalam suasana yang lebih intim. Kerjasama JOOX bersama Red Box membuka peluang terbaik untuk merealisasikan matlamat ini kerana kedua-dua buah syarikat merupakan jenama berkaitan muzik yang berhasrat untuk meningkatkan pengalaman muzik buat para pengguna kami,” komen Angie Tan, Pengarah Pembangunan Perniagaan, JOOX Malaysia.

Artis pertama yang terlibat adalah penyanyi-penulis lagu Bell Yu Tian yang telah memenangi dua anugerah Artis Baharu Terbaik melalui anugerah Cina tersohor di Malaysia – AIM 2013 & PWH 2015.

Artis seterusnya adalah artis tempatan kegemaran ramai Zahid Baharudin atau lebih dikenali sebagai Zahid AF2 yang kini popular dengan single Biasa yang sungguh popular di corong radio. Zahid juga bakal mengeluarkan single keduanya yang berjudul ‘Biar Aku Yang Tahu’. Selepas itu, Projector Band melalui single yang cukup popular ‘Sudah Ku Tahu’ akan menggemparkan Red Box Karaoke dengan barisan lagu ‘rock’ diikuti dengan Zen yang akan mendendangkan single pop beliau buat para peminat dalam seisi seterusnya.

Selain itu, lagu paling teratas dalam carta bulanan akan disertakan dalam senarai audio video yang disyorkan oleh JOOX dan senarai lagu terunggul Red Box.

IMG_0853

Berbekalkan fungsi muzik bergaya, interaktif dan serba baharu, JOOX terus menetapkan tanda aras dalam penyediaan hiburan muzik berkualiti tinggi buat para pengguna pada bila-bila masa, di mana sahaja dan dalam sebarang peranti.

Untuk maklumat lanjut mengenai JOOX, sila layari: http://www.joox.com/
Untuk maklumat lanjut mengenai Red Box, sila layari: www.redbox.com.my

Jadual barisan artis:

April 3hb Bell @ Red Box, The Gardens
April 17hb Zahid @ Red Box Plus, Pavilion
Mei 8hb Projector Band @ Red Box, The Gardens
Mei 22hb Zen @ Red Box, Sunway Pyramid

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

IMG_0840

IMG_0904

IMG_0898

IMG_0892

PAUTAN MUAT TURUN JOOX:

iOS: https://itunes.apple.com/hk/app/com.tencent.joox/id914406371?ref=pc_download_ios

Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tencent.ibg.joox&ref=pc_download_android

Latar belakang JOOX
JOOX adalah aplikasi muzik percuma yang direka untuk penggemar muzik. Dengan koleksi ekstensif lagu-lagu hit dari segenap pelusuk dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis, lagu, album serta senarai audio video kegemaran anda. Pengguna boleh menemukan muzik baru yang unggul melalui lagu serta stesen radio yang disyorkan bagi menepati selera dan suasana anda.

Latar belakang Red Box Karaoke
Red Box Karaoke mengamalkan konsep persekitaran yang “Profesional, Selamat, Kreatif, Sihat” bagi membentuk imej positif dalam industri Karaoke. Ahli syarikat bekerjasama secara bersatu; kemudahan baharu, kualiti dan perkhidmatan kian meningkat di bawah pemantauan pihak pengurusan syarikat.

Red Box Karaoke telah menubuhkan cawangan-cawangannya di seluruh negara sambil mengekalkan keunikan jenamanya dalam bidang hiburan untuk keluarga.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Renée Zellweger & Colin Firth Dalam Trailer Filem BRIDGET JONES’S BABY

Pelakon Popular Jayakan Muzikal Randai CINDUA MATO