in

Showcase Reunion Semula Kumpulan Gersang

REUNION SEMULA GERSANG DEMI PEMINAT

Gersang merupakan salah sebuah kumpulan yang diasaskan di Johor, ianya telah ditubuhkan padatahun 1981. Nama Gersang mula meniti bibir penggemar muzik rock setelah mereka tampil dengan album pertama yang menggunakan nama “Gersang” sebagai judul album.

Album yang telah dipasarkan pada tahun 1988 itu telah mempertaruhkan lagu ‘Masih Aku Terasa’ yang terus menjadi hits sehingga kini.

Kumpulan Ge rsang dianggotai oleh Man Bai –Vokalis, Man Greng – Bass Gitar, Jojet – Dram, Acis– Keyboard, Kid – Gitar dan Ajib – Gitar terus menjadi sebutan para penggemar muzik rock ketika itu. Setelah kejayaan album pertama, mereka terustampil dengan album kedua yang berjudul “Takdir”yang telah dipasarkkan pada tahun 1988. Album “B29”adalah album terakhir dari Gersang, album ini dipasarkan pada tahun 1989.

Kumpulan Gersang kemudiannya memasuki JuaraLagu ’89 dan diurus oleh komposer Rahim Othman di bawah syarikat Rahim Othman Production (ROP) dan keluaran / edaran album dibawah syarikat PMC yang kemudiannya BMG. Kumpulan Gersang dibubarkan pada penghujung tahun 1990 kerana ManBai mengalami sakit Tonsil yang serius.

Kini mereka kembali bersatu dengan anggota asal demi peminat yang sentiasa menyokong perjuangan seni mereka. Rum Jungle bakal menjadi saksi kemunculan mereka pada 1 Julai ini dalam siri ‘Sunday Nite Rock Live @ Rum Jungle’. Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan Gersang boleh lah mendapatkan tiket yang berharga RM55.00 (pre-sale) dan RM65.00 (door) atau melalui online di Illasotickets.com atau boleh menghubungi 03-79576088.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAH! Aaron Aziz Kini Penduduk Tetap Malaysia

Muzik Video Jejaka Idaman 2.0 Lynnzay Affandy