in , , ,

Showcase Pra Dengar Album Terbaru Amylea Masuk PERCUMA

Setelah gagal menempatkan diri ke final OIAM, Amylea tidak duduk diam untuk terus membuktikan yang beliau punya ’sesuatu’ untuk Malaysia.

Selepas bertapa di OIAM, kini Amylea tampil dengan kematangan yang mengujakan. Ternyata, Amylea kini bukan Amylea yang dulu. Amylea kini lebih ‘bold’, berani, kreatif dan semakin mendapat tempat di hati peminat pelbagai bangsa.

Terbaru, Amylea akan mengadakan sesi pra-dengar album terbarunya, “Selepas Tiga” keluaran Maestro Records & Warner Music. Ini juga akan menjadi showcase pertama Amylea.

Majlis pra-dengar album ini adalah percuma. Pastikan anda booking awal di Bangkok Jazz untuk tidak ketinggalan.

Showcase ini bakal berlangsung pada 5 June jam 8 malam.

Host: Amylea Azizan

Type: Music/Arts – Listening Party

Network: Global

Start Time: Friday, June 5, 2009 at 8:00pm

End Time: Sunday, June 7, 2009 at 12:00am

Location: Bangkok Jazz

Street: Chulan Square, 92 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Menarik Cuti Sekolah di TV2

Trivia: Jam Digital G-Shock Pelakon Mana Ni?