in , , ,

Showcase NIDJI Breakthru’ Tour di Life Centre Kuala Lumpur

Happening giler! Persembahan yang sangat power! Penuh tenaga dan menghiburkan! Itu pendapat saya setelah menyaksikan persembahan selama 45 minit di Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 23 Mac lalu.

Inilah dia penangan band Indonesia yang sedang meningkat naik, Nidji yang telah pun melengkapkan sesi penjelajahan promosi albumnya di Kuala Lumpur. Kira sudah berjaya mencapai matlamat untuk menakluk pasaran Malaysia. Kebenaran desas-desus mengatakan grup akan mengambil alih grup Peterpan, Gigi, Dewa 19, dan Radja ada kewajarannya. Nidji punya keunikan tersendiri kerana lagu Melayu dan lagu Inggeris Nidji ada umppphhh!

433358692 Bbc4C2Ebb8 O | 4

Showcase Nidji Breakthru’ Tour yang dibawakan oleh Channel [V] dan Star Movies dihadiri oleh peminat, pemenang peraduan, selebriti dan media. Pada saya, setelah mendengar album Nidji, saya kira muzik yang dibawakan ada sedikit pengaruh muzik dari antarabangsa seperti Radiohead, U2 dan Goo Goo Dolls. Adunan muzik rock yang bagus.

Grup yang terdiri daripada Giring (vokalis), Andro (pemain bass), Run-D (pemain keyboard), Rama (pemain gitar), Ariel dan Adri (pemain drum) ditubuhkan pada tahun 2002. Namun, setelah keluar daripada kepompong underground, grup ini boleh berkembang jauh kerana muzik yang dibawa memang sedap di telinga.

433362021 C415048Ded O | 5
Ruums Bar & Club KL

Lagu Sudah, Hapus & Kau Dan Aku sekarang pun tengah meletop dan hangat dipasang di radio Hot FM dan radio Era. Paling memberangsangkan apabila sebuah lagu single berjudul Heaven menjadi lagu runut (OST) dalam Siri TV paling popular di USA, Heroes. Kira popular la jugak Nidji ni ya sebab lagu diorang ada berkumandang dalam siri TV yang memang menjadi kegilaan ramai ketika ini.

433358960 0453C54F0A O | 6

Sesiapa yang tidak ada tiket, boleh beli album dan kaset untuk mendapatkan pass percuma.

433359298 B8187C511D O | 7

Yang ni lak, tempat ambik tiket dan goodie bags. Dapat cendermata daripada Channel [V] dan Star Movies lagi tuh. Ada dapat barangan cenderamata drama siri TV Heroes yang fuh mengancam gak la. Eksklusif beb!

433359702 Fc3Bc0Cb34 O | 8

Sebelum showcase bermula, ada Nana AF1 dan pengacara Channel [V] sedang mengendalikan peraduan pentas. Macam-macamlah depa kena buat. Nak hadiah berupa goodie bag, penonton kena jawab soalan mengenai Nidji dan kena nyanyi lagu Nidji… ada jugak yang tak reti nyanyi tapi sanggup naik pentas.

433363933 B82D53C0F9 O | 9

Tengoklah bagaimana havocknya peminat yang memenuhi ruang hadapan. Ramai juga peminat dari Indonesia sanggup datang. Sukar untuk saya pergi lebih dekat. Saya ambik gambar ini pun dari atas tempat duduk bagi selebriti, VIP dan media. 

Antara lagu yang terkandung dalam album Nidji:

  1. Bila Aku Jatuh Cinta
  2. Breakthrough
  3. Child
  4. Disco Lazy Time
  5. Engkau
  6. Hapus Aku
  7. Heaven
  8. Kau Dan Aku
  9. Manusia Sempurna
  10. Sudah
433409273 Ca787E70Da O | 10

Ada peminat yang tidak puas hati sebab durasi showcase singkat sangat dan ada beberapa buah lagu yang tidak dinyanyikan.

Giring selaku vokalis memang pandai berinteraksi dengan peminat dengan mengusik dan buat lawak. Vokal Giring memang mantap. Siap buat head banging dan menari-nari macam grup OAG je. Memang energetik habis lah.

Rasanya sudah tiba Nidji mengadakan mini konsert di Kuala Lumpur memandangkan sambutan yang begitu hangat. Namun, cukupkah dengan satu album sahaja? Sudah tentu peminat terpaksa menantikan album terbaru daripada Nidji untuk menjadikan konsert lebih gempak. 

433360750 9Cd2C5C4Ff O | 11

Lagu Nidji yang paling saya suka: Heaven & Sudah.

Ada tak antara pembaca Sensasi Selebriti hadir di showcase Nidji di Life Centre Jumaat lalu? Apa pendapat anda?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi 2020 | 39

Penyakit Epilepsy Punca Afiq Tersingkir dari Akademi Fantasia?

Aznil | 40

Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5