in

Showcase Gegaran Rock Mutlak Wings di Planet Hollywood

PLANET HOLLYWOOD Mempersembahkan… WINGS
 
“GEGARAN ROCK MUTLAK”
 

Planet Hollywood dengan bangganya mempersembahkan anda semua sebuah kumpulan rock gergasi; WINGS, di dalam persembahan istimewa satu-malam sahaja pada bulan Disember ini. WINGS, satu nama yang cukup gah dan begitu tersohor sekali di dalam industri muzik tanah air akan mengegarkan pentas utama Planet Hollywood buat kesekelian kalinya pada 2 Disember 2007 ini, bermula pada pukul 10.30 malam. 

wings banner gambar

Showcase eksklusif ini akan memperlihatkan kesemua anggota kumpulan WINGS berpadu tenaga untuk menghiburkan setiap peminat yang hadir pada malam tersebut. Awie (vokal), satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi akan di sertai oleh tiga (3) yang lain; Joe (gitar), Eddie (gitar bass) & Black (drum) berjanji akan memberikan hanya yang terbaik buat peminat-peminat yang begitu merindui akan kemunculan mereka ini. Pada malam tersebut, WINGS akan membawa anda semua kembali mengimbas zaman kegemilangan mereka dengan lagu-lagu hits klasik seperti Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Misteri Mimpi Shakila, Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati, Bazooka Penaka, Inspirasi Taming Sari, Jerangkung Dalam Almari, Intan Ku Kesepian dan banyak lagi! Istimewa buat peminat-peminat mereka yang hadir pada malam tersebut, WINGS juga akan menyampaikan beberapa pilihan lagu-lagu dari album terdahulu mereka yang tidak pernah di persembahkan live sebelum ini, seperti lagu Dalam Kehadiran Sofiah! Hanya di Planet Hollywood ini sahaja nanti yang akan memperlihatkan mereka mempersembahkannya live buat julung kalinya! Sehingga hari ini, lagu-lagu dari kumpulan lagenda tanahair ini masih lagi kedengaran berkumandang di radio dan tetap menjadi siulan ramai. WINGS masih lagi menyengat dan malam tersebut sudah pasti mampu membuktikan sejauh mana kebenarannya!

Kemunculan kali ke-4 WINGS di Planet Hollywood bagai memberikan satu nafas baru kepada peminat-peminatnya yang inginkan sentuhan dari mereka. Tidak dapat dinafikan, WINGS yang juga tersenarai dalam kelompok perintis irama rock di negara ini mempunyai ramai pengikut yang cukup setia sehingga hari ini. Pengalaman lebih 20 tahun berada di persada seni ini melayakkan mereka, dinobat sebagai barisan artis yang di hormati dan disanjungi. Kehebatan mereka tidak dapat dipertikaikan lagi. Mereka tetap berdiri teguh dan kedudukan mereka cukup sukar digugat oleh sesiapa pun.

“Kami begitu gembira apabila dijemput untuk mengadakan persembahan buat ke-sekelian kalinya di Planet Hollywood! Kami rasakan ia sebagai satu penghormatan yang cukup besar sekali buat kami berempat. Di sini, kami berpeluang untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan peminat-peminat kami secara lebih dekat, di dalam suasana yang penuh intimasi. Kami akan pastikan yang setiap peminat-peminat kami yang hadir pada malam tersebut akan terhibur dengan persembahan kami”, jelas Awie gembira.

“Kami cukup berbangga sekali apabila kumpulan rock gergasi, WINGS memberikan persetujuan untuk membuat persembahan buat ke-sekelian kalinya di Planet Hollywood! WINGS tidak pernah gagal untuk menarik segenap lapisan penggemar muzik rock untuk menghadiri setiap persembahan mereka. Kami percaya, persembahan ini nanti sudah pasti mampu mengubat rindu mereka semua terhadap kumpulan legenda ini. Jadi, buat anda semua di luar sana, jangan lepaskan peluang ini untuk menonton WINGS sekali lagi beraksi di Planet Hollywood!”, ujar jurucakap Planet Hollywood.

Bagi peminat-peminat kumpulan WINGS di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan eksklusif (satu malam sahaja) pada 2 Disember ini, bermula pada pukul 10.30 malam, yang sudah pasti mampu mengegarkan malam minggu anda!!

Bayaran masuk: RM 50, termasuk satu minuman percuma.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03- 2144 6602.

photo wings

[tags]showcase wings di planet hollywood, gambar wings rocker, foto isteri awie, weddings awie, lirik lagu wings, lirik lagu sejati, mp3 lagu wings koleksi, Joe (gitar), Eddie (gitar bass), Black (drum), Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Misteri Mimpi Shakila, Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati, Bazooka Penaka mp4, Inspirasi Taming Sari, download erangkung Dalam Almari, video klip youtube Intan Ku Kesepian, eh 20 anggun di ruums, musharraf darurat, skandal awie, air mutlak, gambar air mani, mazi water, gossip awie, Manchester United vs arsenal match, penguin malaysia, profile hatta dolmat, gambar resepsi wedding erra fazira ee, adlib, skor lagu wings, gitaris man kidai, sejarah rock malaysia, dalam kehadiran sofia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tom Cruise GAY!

Pendedahan Expose, Kajian Ciplak Lagu dan Budaya Goblok