in ,

Shila Amzah Tarik Diri ABPBH2014 Masih Diboikot Media di AJL29

Fuh, cukup terkesan sekali dengan apa yang berlaku baru-baru ini. Budiey ingatkan, media dah mula berbaik-baik dengan Shila Amzah, rupa-rupanya tidak.

Penyanyi sensasi, Shila Amzah telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014). Kenyataan tersebut telah dinyatakan melalui akaun Instagram miliknya tempoh hari.

Kenapa Media Boikot Shila Amzah

Beberapa bulan lepas, timbul konflik antara pihak Shila Amzah dengan beberapa media yang didominasi Melayu dan nampaknya kemelut ini masih tiada penyelesaian antara kedua-dua belah pihak.

Semasa Budiey menghadiri Anugerah Juara Lagu yang lalu, Budiey turut perhatikan ada segelintir media dan wartawan telah bingkas bangun dari tempat duduk lalu keluar dari dewan Stadium Putra sebelum persembahan Shila Amzah.

Keadaan nampak lebih teruk apabila semasa pengumuman pemenang dibuat ada media tidak meletakkan nama Shila Amzah yang telah menang di tempat kedua di laman milik mereka. Gambar juga telah dikaburkan. Ada juga status disiarkan berupa sindiran dan cemuhan.

Begitu juga semasa sidang media sejurus selepas AJL29, kebanyakan media bersepakat untuk tidak menemubual Shila Amzah.

Fuh, cukup terkesan sekali dengan apa yang berlaku baru-baru ini. Budiey ingatkan, media dah mula berbaik-baik dengan Shila Amzah, rupa-rupanya tidak. Tidak tahu la sampai bila perkara ini berpanjangan. Budiey rasa, ada baiknya satu pertemuan dibuat untuk mencari jalan damai. Itu sekadar cadangan sahaja.

Tapi rasanya, Shila Amzah dah semakin popular di China… itu yang penting. Rasanya, lagu masyuk dan murah rezeki Shila Amzah kat sana. So, nak risau apa kan?

shila amzah

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Stesen TV Buat THE MAEMBONGS Program Realiti TV Keluarga Emma Maembong

Nur Fathia Latiff Jadi Duta Terbaru Produk AVON?