in ,

Shila Amzah Menang RM5Juta di Asian Wave 2012

Budiey percaya ramai yang masih terkejut dengan kemenangan penyanyi Shila Amzah di Asian Wave 2012 yang berlangsung di Stadium Baoshan, Shanghai, China pada 20 September 2012 yang lalu. Tak kurang ada yang terkejut dengan nilai hadiah wang dana yang diberikan kepada Shila Amzah sebagai juara iaitu RM5Juta. Satu jumlah dana yang banyak.

Asian Wave 2012

Hadiah bernilai RM5Juta termasuk dana kewangan itu pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh Shila Amzah bagi mengembangkan kerjaya seninya. Kejayaan ini sangat berbaloi setelah Shila Amzah terpaksa berentap sebanyak tiga kali, masing-masing dengan peserta dari Thailand dan dua peserta dari China. Kalau nak dikira, sepanjang pertandingan nyanyian paling popular di China ini, Shila Amzah berentap dengan sembilan orang peserta.

Menerusi persaingan pertama, Shila Amzah dapat 5 undian tanpa balas, manakala untuk persaingan kedua dia menerima lima undian berbalas dua. Pada persaingan terakhir top 3, Shila mendapat sembilan undian penuh.

Kemenangan Shila Amzah sebagai juara Asian Wave 2012 pastinya akan tercatat dalam rekod profile milik penyanyi lagu Patah Seribu ini. Tak kurang ada yang mengandaikan harga untuk show Shila Amzah juga akan meningkat seiring dengan pencapaian paling tinggi pernah diraihnya.

Asian Wave 2012

Shila Amzah ditemani oleh ibu bapanya, ND Lala dan Fauziah Sarman serta orang kuat PRISM, Ong Peng Chu sepanjang berada di Shanghai. Shila Amzah menyifatkan kejayaan ini adalah pencapaian tertinggi sepanjang 12 tahun kerjaya seninya.

“Alhamdulilah atas rezeki ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Peng Chu atas peluang berharga ini juga kepada ibu baoa serta keluarga yang tak jemu menykong karier seni saya. Tak ketinggalan buat #Shilalas (Kelab Peminat Shila Amzah) kerana tak henti-henti mendoakan yang terbaik.”

“Saya amat gementar untuk meneruskan perjuangan pada peringkat final tetapi saya sentiasa terapkan semangat melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta.

“Pada dasarnya peserta yang berentap dengan saya datang dari latar belakang genre muzik yang berbeza. Semuanya cukup luar biasa dan popular di negara masing-masing. Pengalaman ini cukup bermakna buat saya. Malah, saya sendiri baru tahu lagu Zeng Fu sebenarnya bermaksud menakluk dan ia menjadi simbolik kepada kejayaan ini.”

Shila Amzah juga rasa bersemangat dengan sokongan moral dari kekasih, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Sekali lagi, tahniah Shila Amzah, Budiey ucapkan. Jangan lupa buat kenduri kesyukuran, ajak Shilalas sekali yek.

Asian Wave 2012

Gambar Shila Amzah bersama peserta & juri di Asian Wave. Credit @demoskitoz

Asian Wave 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad Bangga Shila Amzah Menang Asian Wave

H&M Previews Its First Store In Malaysia To Great Applause