in ,

Shiha Zikir Lancar Muzik Video SEPERTI NOVEL CINTA

Shiha Zikir, bukanlah satu nama baru dalam industri seni tanah air. Mula mengorak langkah ingin menyanyi di usia seawal belasan tahun. Menggenggam harapan arwah bapanya yang ingin melihat Shiha berjaya dalam bidang ini membuatkan hatinya jitu terus berjuang demi mengejar impian.

Shiha yang juga pernah mendapat tempat kedua untuk program Mentor 5 di bawah bimbingan arwah Dato’ Sharifah Aini kini mampu mengukir senyuman. Tahun 2016 adalah tahun bercahaya untuk karier nyanyiannya.

Setelah mengukir kejayaan di negara seberang dalam pertandingan D’Academy Asia anjuran Indosiar Disember tahun lalu, nama Shiha semakin meniti popularitinya. Ini terbukti setelah usai acara DAA, namanya sering dipanggil kembali ke bumi Jakarta bagi melunaskan acara-acara besar seperti Konsert Ulangtahun Indosiar, Infotainment Award SCTV, Konsert Final Putri Muslimah, Konsert Q’Academy dan lain-lain.

Yang paling mencipta sejarah, single SEPERTI NOVEL CINTA telah juga dilancarkan di negara Indonesia pada 13 Mei, 2016 dengan kerjasama Warner Music Indonesia (WMI) dan juga Warner Music Malaysia (WMM). Maka luncurlah secara rasmi lagu SNC dan diterima baik oleh stesen-stesen radio RRI dan juga stesen-stesen televisiyen di sekitar Jakarta. Malahan sebuah saluran online yang popular iaitu vidio.com telah juga melakukan sesi ‘live streaming’ bersama Shiha ditemani band D’meisis dan peminat-peminat SRS_Indo. Ini merupakan acara yang dihadiahkan oleh vidio.com kepada peminat-peminat tegar Shiha di Indonesia. Ada yang sanggup terbang dari Sulawesi dan beberapa pelosok yang lain ke Jakarta pusat demi menemui Shiha.

Shiha telah juga melakukan 10 hari jadual promosi bersama-sama WMI dan disokong kuat oleh kelab peminatnya di sana iaitu @SRS_indo. Bangga dan bersyukur kerana namanya dapat menembusi pasaran yang diidamkan oleh ramai artis-artis tanah air.

SNC merupakan sebuah lagu dan lirik yang diciptakan oleh Ajai. Rakaman lagu ini telahpun dilakukan sebelum pihak WTB dan Shiha bersetuju menghantarnya ke pertandingan DAA. Maka rancangan meluncurkan single ini ditunda sementara. Mencari ‘angle’ dan waktu yang sesuai. Ternyata, penantian itu mendapat balasan yang setimpal. Puncak kemenangan Shiha di DAA menjadi loncatan untuk single SNC menembusi halwa telinga pendengar Malaysia.

Diedarkan ke stesen-stesen radio seawal pertengahan Februari yang lalu. WTB juga bekerjasama dengan pihak WMM untuk promosi dan edaran lagu ini. Ternyata, hari ini lagu SNC sudah menjadi siulan ramai dan juga dapat sampai ke peringkat semi final MUZIK-MUZIK November 2016 yang lalu.

Terima kasih kepada pihak WTB , WMM , NEWAY dan semua yang telah menerima dan menilai baik bakat yang ada dalam SHIHA ZIKIR. Semoga SNC terus meluncur jauh!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Usop Mentor Milenia Trending di Youtube Malaysia

Surat Terbuka Luahan dari Pengikut Setia #LOFATTAH