in ,

Fakta Yang Anda Patut Tahu Tentang Single Terbaru Shiha Zikir JAGAKAN DIA

Budiey nak ucapkan tahniah buat penyanyi versatil bervokal lunak yang kini semakin menempa nama di Indonesia, Shiha Zikir di atas kejayaan melancarkan single terbarunya berjudul JAGAKAN DIA. Acara berlangsung dengan kerjasama dari Airish London di mana Shiha juga diumumkan sebagai duta terbaru produk Airish London.

TONTON [LIVE] Pelancaran Single Terbaru Shiha Zikir – JAGAKAN DIA Bersama AIRISH LONDON:

Dicipta sepenuhnya oleh komposer dan penyanyi, Ippo Hafiz, karya ini menyelami makna cinta dari sudut yang lebih luas, tidak sedakar rasa kasih daripada seorang kekasih kepada kekasihnya.

Pelancaran Single Shiha Zikir JAGAKAN DIA

“Istimewanya mengenai lagu ini adalah lirik dan melodinya. Ia mengisahkan insan yang kita kasihi dan bersama kita saat susah dan senang. Saya dedikasi lagu ini khusus buat emak yang bersama saya sejak dulu sampai sekarang juga untuk arwah abah yang sudah lama pergi, namun kasih sayang saya terhadapnya seinci pun tidak pernah berkurangan.

“Jagakan Dia boleh disifatkan sebagai karya yang cukup personal buat saya, kerana ini adalah pengalaman pertama kali menerbitkan lagu sendiri di bawah syarikat SZ Entertainment (Shiha Zikir Entertainment). Sebagaimana diketahui umum, saya sebelum ini bersama Wake The Baby,” katanya.

JAGAKAN DIA, Bicara Perspektif Shiha Tentang Kehidupan

Proses rakaman lagu itu diadakan sejak Julai lalu serta mendapat kerjasama daripada LMA Talent serta Airish London yang terbabit dalam pelaksanaan muzik video Jagakan Dia.

Menampilkan aktor Shaharul Ridzwan sebagai bintang utama, jalan ceritanya diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku dikalangan masyarakat.

Sementara itu, Wan Firdaus Wan Ibrahim selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan LMA Talent House Sdn Bhd, amat yakin Jagakan Dia akan menjadi lagu siulan ramai kerana ia sebuah lagu yang baik dan mesra pendengar.

“Pihak kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Shiha antara bakat muda tanahair yang cukup menyinar selain melakar pencapaian membanggakan negara.

“Sementara pujian harus diberikan kepada Airish London kerana pembabitan mereka di dalam pembikinan muzik video Shiha, berjaya memperlihatkan Jagakan Dia ini didalam prestij tersendiri,” katanya

Portfolio karier Shiha terus diperhebatkan dengan pelantikan sebagai duta Malaysia dan Indonesia bagi jenama kecantikan berprestij, Airish London baru-baru ini.

Memenuhi ciri-ciri yang diinginkan produk, Shiha melambangkan wanita hebat zaman ini menerusi daya keusahawanan dan semangat juangnya mengharumkan nama negara melalui penglibatannya di D’Academy Asia yang mencuri perhatian banyak pihak sekaligus melakar kejayaan gemilang di dalam kerjaya seninya.

“Sebenarnya saya sudah lama menggunakan produk ini khususnya rangkaian penjagaan kulit sebelum dilantik sebagai duta lagi. Saya memang suka dan menyakininya kerana ia sebuah produk yang berkualiti.

“Justeru apabila dilamar sebagai duta tentu saja saya berasa amat berbesar hati dan menerima tawaran ini tanpa sedikitpun keraguan. Kesempatan ini saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Presiden Airish Global, Dato’ Aizzudin Mohd Ghazali dan isteri, Datin Jannatul Iza Ahmad Kamal selaku pengasas produk diatas kepercayaan untuk saya membawa nama Airish.

“InsyaAllah saya akan membawa nama Airish London dengan penuh rasa tanggungjawab dan mudah-mudah dapat memberikan impak kepada jenama ini,” katanya.

Sementara itu Pengasas Airish London, Datin Jannatul Iza Ahmad Kamal, berkata, pelantikan Shiha sebagai duta ibarat jodoh yang sudah ditentukan Tuhan.

“Mungkin ramai masih ingat atau barangkali ada yang terlupa, Neelofa pernah dilantik sebagai duta kami produk penjagaan kulit Airish London sebelum ini. Sementara Shiha pula selaku duta barangan komestik keluaran kami.

“Jadinya banyak soalan nakal yang saya terima, kenapa kali ini dutanya Shiha? Barangkali pertanyaan semacam ini timbul kerana mereka mengukur populariti Neelofa sekarang sebagai artis paling berpengaruh di Malaysia.

“Jawapan saya siapa kata Shiha tidak popular? Ketika kami sudah bersedia untuk menembusi pasaran Indonesia, nama Shiha pula sedang mengharum di sana. Namanya menjadi bualan hangat dan lebih popular kalau nak dibandingkan di negara sendiri. Reputasinya cukup mengangumkan dan membanggakan.

“Sudah ada anak tempatan yang berwibawa jadi tidak perlulah bersusah kami melantik artis dari Seberang. Melalui nama besar Shiha selaku duta kecil Malaysia, kami percaya dapat merealisasikan impian Airish London secara bersama, ” katanya.

Satu lagi catatan penting pada majlis hari kni, Shiha turut melancarkan single terbaru berjudul “Jagakan Dia” yang telah diperkenankan oleh YAM Tengku Dato’ Seri Kamarulzaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Haj, adinda Sultan Pahang bertempat di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.

Pelancaran Single Shiha Zikir JAGAKAN DIA

Pelancaran Single Shiha Zikir JAGAKAN DIA

Pelancaran Single Shiha Zikir JAGAKAN DIA

Pelancaran Single Shiha Zikir JAGAKAN DIA

Pelancaran Single Shiha Zikir JAGAKAN DIA

LATAR BELAKANG AIRISH LONDON

Airish London yang semakin meniti di bibir masyarakat Malaysia hari ini dimiliki oleh usahawan Bumiputera sepenuhnya. Pengasas produk kecantikan Airish London, Datin Jannatul Iza Ahmad Kamal yang turut dinaungi bersama suami tercinta telah menjalankan perniagaan ini di bawah syarikat Airish Global Sdn Bhd sejak 2013 lagi.

Presiden Airish Global, Dato’ Aizzudin Mohd Ghazali mengakui, biarpun proses untuk mengetengahkan jenama antarabangsa itu bagi penjualan di dalam dan luar negara bukanlah perkara mudah tetapi demi kelangsungan Airish London yang turut mendapat sokongan penuh daripada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak, segala kepayahan itu berjaya dilalui bersama.

“Kami yakin Airish London bakal menjadi satu fenomena baru dalam industri kecantikan di seluruh dunia. Keupayaan Airish London dalam menandingi jenama terkenal yang lain adalah membanggakan kerana setiap produknya menggunakan bahan yang berkualiti tinggi yang diinovasikan menggunakan teknologi dari Korea dan ianya dijual pada harga yang amat berpatutan,” katanya selepas ditemui dalam majlis pelantikan duta Airish London yang berlangsung di The Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas berhubung perkembangan rangkaian produk kecantikan Airish London pada masa akan datang, beliau berkata, selain melancarkan produk baru dari rangkaian Airish Fashion Cosmetic, Airish London juga akan melancarkan semula produk sedia ada dengan menambah baik formulasi untuk menghasilkan produk penjagaan kulit wajah yang terbaik pada tahun hadapan. Tambah manis lagi, Airish London bakal membuka cawangannya yang kedua di negara jiran, Jakarta, Indonesia pada hujung tahun ini.

Airish Fashion Cosmetic adalah rangkaian produk kecantikan harian sentuhan profesional mampu milik, yang berfungsi untuk menyerikan dan meratakan semua jenis kulit wajah serta tahan 12 jam lebih lama daripada biasa. Airish London diyakini halal dan bebas daripada bahan kimia berbahaya termasuk Paraben yang boleh merosakkan kulit si pemakai dan menyebabkan masalah yang sangat serius seperti kanser payudara.

“Airish Fashion Cosmetic juga direka khas bagi golongan yang menginginkan wajahnya kelihatan semulajadi dan penggunaan yang lebih ringkas terutama bagi wanita bekerjaya. Bagi menghasilkan produk yang bermutu ini, kami menjalankan proses penyelidikan dan pembangunan selama setahun lebih sebelum ianya dipasarkan,” katanya lagi.

Menurutnya, produk kecantikan Airish London sudah berada di pasaran pada pertengahan Oktober lalu menerusi penjualan secara online dan atas talian serta mendapat maklum balas positif daripada pengguna di dalam mahupun luar negara. Bagi yang ingin mencuba sendiri produk jenama antarabangsa ini, Airish London telah bekerjasama dengan pihak Sogo di Kuala Lumpur bagi penjualan secara eksklusif di dalam pasaraya tersebut bermula 1 November.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Amyra Rosli Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Filem TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA Raih Lebih RM2Juta Dalam Tempoh 4 Hari