in

Shiera Kini Penyampai Suria FM The Kerinting Three

Shiera kini Jadi Penyampai Suria FM yang baru ‘The Kerinting Three’

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung Sidang Media Pengumuman dari Suria FM yang mana telah mengumumkan Syarifah Shahirah atau popular dengan nama Shiera menjadi penyampai. Majlis ringkas yang berlangsung di Studio V, One Utama, Bandar Utama turut dihadiri oleh penyampai Suria FM yang lain.

Tahniah buat Shiera kerana telah menjadi keluarga Suria FM.

Tahun 2011 diharapkan tahun bertuah buat Suria FM untuk meningkat lebih maju seiring dengan pesaing lain. Satu persatu pembaharuan dan peningkatan yang drastic dari segi jumlah pendengar yang yang di bawa oleh En.Azrullah Mohd Nor, selaku COO Suria FM yang mula berkhidmat pada pertengahan tahun yang lalu.

Shiera

Bagi tahun 2011 ini, sekali lagi Suria FM membuat kejutan besar dalam industry penyiaran radio dengan membawa masuk seorang celebriti/artis popular menjadi salah seorang penyampai Suria FM.

Terdahulu, segment Breakfast@Suria terkenal dengan gelaran penyampainya iaitu ‘The Kerinting Bro’ hasil gabungan idea Halim Othman dan Zizi yang menjadi pembuka ceria pagi untuk stesen Suria FM.

Kini segalanya akan berubah setelah kemasukan penyampai baru yang akan menyertai segmen Breakfast@Suria itu.Nama sebenar beliau ialah Syarifah Shahirah tetapi lebih dikenali dengan nama Shiera. Beliau merupakan pengacara, pelakon dan juga pelawak yang popular di Malaysia.

Shiera

Pengalaman berlakon dalam beberapa buah drama ,filem dan teater serta bakatnya mengacara majlis yang berprestij selain keletahnya yang mencuit hati membawa beliau untuk bersama-sama menjadi sebahagian dari keluarga Suria FM.

Beliau di lamar oleh Suria FM bukan sahaja kerana pencapaiannya, malahan Suria FM dapat melihat keserasian yang ada serta kebolehannya yang boleh membantu dalam menaikkan Suria FM ke tahap yang lebih tinggi.

Shiera akan mula ke udara secara rasminya pada 31 Januari 2011 ini. Beliau akan menjadi penyampai di dalam segment pagi iaitu “ Breakfast@Suria ”. Zizi, Halim & Shiera akan bergabung dalam mengacarakan segment tersebut itu nanti.

Satu kebetulan yang tidak dijangka sekaligus menjadi bukti keserasian yang ada ialah ketiga-tiga penyampai itu kesemuanya berambut kerinting. Secara tidak langsung memberikan ilham untuk menukar nama yang sebelum ini ‘The Kerinting Bro’ menjadi “ The Kerinting Three”.

Menurut En.Azrullah Mohd Nor, COO Suria FM “ Kami telah mengadakan kajian dari pelbagai aspek sebelum melamar Shiera untuk bersama-sama kami. Bukan sahaja kita lihat dari segi pencapaiannya dalam industri hiburan ini, malahan kita lihat juga penerimaan orang ramai khasnya pendengar Suria FM ini sendiri samada ianya bersesuaian atau tidak.

Apa yang paling penting ialah keserasian itu sendiri. Kita tidak boleh sesuka hati meletak Shiera di mana-mana segment. Kita buat kajian dahulu serta berbincang dengan kakitangan pengurusan dan selepas itu baru kita buat keputusan untuk meletakkan beliau di dalam segment pagi yang sememangnya menjadi pemangkin kepada sesebuah stesen radio itu.

Saya berbesar hati kerana Shiera akhirnya bersetuju dan menerima lamaran kami. Saya berharap, dengan pengalaman yang beliau ada setelah sekian lama berkecimpung dalam industri pengacaraan ini dapat digunakan dengan baik dalam membantu meningkatkan prestasi Suria FM”

Tahniah kepada Shiera kerana maju setapak lagi. Semoga Suria FM terus maju dengan penampilan Shiera serta lebih ceria dengan lawak jenakanya yang spontan.

Shiera

Shiera

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pelakon Drama GEMILANG

Telemovie Cheongsam Untuk Ibu