in ,

Sharnaaz Merancang Nikah Kakak Neelofa

Pelakon dan pengarah, Sharnaaz Ahmad, 31, sedia bergelar suami ahli perniagaan, yang juga kakak Neelofa, Noor Nabila, selewat-lewatnya tahun depan. Katanya, mereka sudah berbincang ke arah mendirikan rumahtangga, namun menyerahkan urusan perbincangan dan peminangan kepada keluarga.

“Pada usia ini, saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami serta membina keluarga. Saya berharap ia dapat direalisasikan tahun depan.

“Walaupun hasrat ini sudah saya suarakan kepada Nabila, semuanya harus mengikut adat bermula dengan majlis merisik disusuli peminangan.

“Namun, kalau boleh saya enggan ‘mengikat’ bakal isteri terlalu lama. Kami mahu bertunang tidak lebih dari enam bulan,” katanya kepada BH Online. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran drama bersiri berjudul Hero, yang mengisahkan kehidupan serta cabaran sekumpulan ahli bomba, di sini, hari ini.

Menerusi drama 13 episod itu, Sharnaaz memegang watak anggota bomba bergandingan dengan Fezrul Khan, Tiz Zaqyah, Hasnul Rahmat, Tengku Fiella serta Afzan Rahman. Ditanya keistimewaan gadis yang menawan hatinya itu, Sharnaaz berkata, mereka saling melengkapi, malah kebijaksanaan serta kesederhanaan wanita itu membuatkannya cukup istimewa. “Nabila sebenarnya mempunyai banyak ciri yang membuatkan dirinya disenangi.

Selain bijak dan tahu apa yang dimahukan dalam hidup serta kerjaya, dia kurang suka kepada kehidupan glamor. “Walaupun dilahirkan dalam keluarga senang, dia tetap bersederhana dan merendah diri. “Memang sepanjang bersamanya, kami ada bergaduh. Adatlah, orang bercinta.

Namun, kami terus serasi dan paling penting keluarga emberi restu,” katanya.

Bermula sebagai rakan, hubungan pasangan itu kini sudah genap memasuki tahun pertama. Sementara itu, mengenai Hero, ia bakal disiarkan di TV2 bermula 5 September depan pada setiap Isnin, jam 9 malam.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misha Omar Selamat Lahir Bayi Lelaki

Sherry Ibrahim Sekerasnya Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Bekas Kekasih