in , ,

Sharifah Rose Teringin Nak Kahwin, Mahu Lelaki Kacak & Matang

Pelakon Sharifah Rose mengakui dia teringin untuk berkahwin, bagaimanapun sehingga kini dia masih single dan belum mempunyai kekasih hati lagi.

Memetik Harian Metro, Rose berkata dia terlalu sibuk dengan keriernya sehingga tiada masa untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki.

“Buat masa ini, saya hanya berkawan-kawan saja. Masih ‘single’ (solo) lagi. Cinta lokasi pun tak ada. Habis ‘shooting’, habislah. Di lokasi, saya memang selesa berkawan dengan rakan pelakon lain termasuk yang menjadi ‘hero’ saya dalam drama itu.

“Kalau penonton tengok serasi, bermakna lakonan kami berjayalah. Tapi, untuk cinta lokasi dengan sesama rakan pelakon, memang tak ada pun. Saya habis kerja situ, situ sajalah dan terus balik ke rumah. Datang ‘event’ pun, saya seorang,” katanya.

Ditanya mengenai ‘cinta lokasi’, Sharifah Rose berkata dia tidak bimbang jika bertemu jodoh di set penggambaran, namun mengharapkan jodoh yang baik-baik sahaja.

“Kalau boleh, jodoh saya bukan artislah. Lelaki bujang, kacak, boleh bimbing saya, ‘gentleman’, matang dan semestinya, emosi dia stabil. Orangnya biarlah rileks, santai, tak suka marah-marah dan bukan kaki pukul.

“Apapun, saya ada merancang umur 28 tahun ke, apabila dah cukup ‘explore’ karier, baru fikir yang lain-lain. Jadi, rasanya apabila pengalaman dah cukup, masa ‘settle down’ itu, saya akan ‘settle down’,” katanya.

Terdahulu, Sharifah Rose pernah menjalin hubungan cinta dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid, namun mereka berpisah sejak September 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah Dedah Perkembangan Terkini Hubunganya Dengan Ira Kazar

tony fernandes airasia-2020

Panggilan Akhir Untuk Rebut Tawaran Tempat Duduk RM13* AirAsia!